Bagaimana Untuk Ke Muzium Negara Kuala Lumpur Menggunakan Pengangkutan Awam?

Muzium Negara adalah sebuah bangunan yang menempatkan khazanah-khazanah sejarah dari zaman sebelum-sebelum ini. Lokasi muzium ini terletak di Jalan Damansara iaitu di Bangunan ini dibina dengan mengekalkan dan menampilkan ciri-ciri senibina melayu tradisional. Bangunan ini telah dinaiktaraf pada tahun 2008 yang mana ia menampilkan rekabentuk yang lebih menarik dan berprestij.

Bagi anda yang ingin mengunjungi Muzium Negara Kuala Lumpur, anda boleh menaiki kereta atau menggunakan pengangkutan awam lain seperti bas dan tren. Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan bas, anda boleh menaiki bas RapidKL No. 115 (bayaran RM 2.00 sehari untuk KL City Shuttle) dari KL Sentral. Untuk yang menggunakan tren pula, anda boleh menggunakan MRT dan turun di Stesen Muzium Negara. Sementara itu, jika anda dari KL Sentral anda perlu berjalan dalam lingkungan 0.5 km ke Muzium Negara dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12. Anda juga boleh datang menggunakan kereta kerana pihak muzium turut menyediakan tempat letak kereta. Kadar bayaran untuk kereta adalah RM3 sejam, manakala RM1 untuk motorsikal. 

Terdapat 4 seksyen yang disediakan iaitu A, B, C dan D. Keempat-empat seksyen ini mempunyai pameran yang berlainan yang mana anda akan merasai kelainan dalam setiap pengembaraan anda. Untuk yuran kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara – RM 2.00
  • Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) – RM 1.00
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara) – Percuma
  • Bukan Warganegara – RM 5.00
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 12 tahun (bukan warganegara) – RM 2.00
  • Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara) – Percuma

________________________________________________________________________

Segelintir individu mungkin beranggapan bahawa berkunjung ke muzium adalah sesuatu perkara yang membosankan. Walhal hakikatnya, ia boleh menambah pengalaman baru kepada anda untuk lebih memahami sejarah dan hasil peninggalan sewaktu zaman sebelum ini. Dengan ini, anda dapat membentuk Malaysia yang lebih baharu dengan gaya pemikiran yang lebih inovatif dalam menaikkan nama dan martabat negara.

Bagi yang ingin mengunjungi Muzium Negara, waktu operasinya adalah pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari kecuali hari pertama Raya Aidilfitri dan Aidiladha.