Lina Rosli Diterbitkan 16 January 2020

Antara Ribut Petir Dan Hujan, Mana Yang Datang Dulu?

Antara Ribut Petir Dan Hujan, Mana Yang Datang Dulu?

Ribut petir biasanya terjadi dalam jenis awan yang dikenali sebagai kumulonimbus. Apabila berlakunya petir, keadaan itu akan disertai oleh angin kencang seterusnya menghasilkan hujan lebat dan kadang kala salji atau hujan ais. Walau bagaimanapun, terdapat juga petir yang menghasilkan sedikit hujan atau tiada hujan sama sekali.

Apakah Tanda-Tanda Berlakunya Ribut Petir?

Tempoh masa berlakunya ribut petir adalah singkat yang mana sekitar 30 minit sahaja. Namun, perubahan struktur dan cuaca berlaku secara mendadak. Kebiasaannya, tanda-tanda peringatan atau keadaan yang akan berlaku ribut petir adalah jelas. Tanda-tanda berlakunya ribut petir adalah seperti berikut:

Pembentukan Awan

Awan yang semakin menebal dengan warna yang gelap adalah salah satu isyarat ribut petir. Ia terbentuk apabila udara hangat dan lembap serta pemeluwapan yang membentuk sebagai penghangat memenuhi ruang udara sejuk dan seterusnya menghasilkan awan. 

Anda boleh mengenal pasti awan kumulus dengan ketinggian dan berbentuk bulat tebal. Kemudian, ia akan membentuk seperti anvil (seakan bentuk awan yang besar di ruang langit) yang menunjukkan ribut telah mencapai tahap matang dan bersedia untuk berlakunya ribut.

Langit Menjadi Gelap

Penggumpalan awan yang besar menghalang kebanyakan sinar matahari. Bukan itu sahaja, titisan air di dalam awan juga adalah halangan yang berkesan terhadap cahaya matahari. Awan yang menandakan ribut petir juga tidak selalu berwarna hitam, ia juga boleh hadir dalam keadaan warna ungu, kuning dan kehijauan sebelum berlakunya ribut.

Kilat

Kilat boleh menyerang 10 hingga 15 batu dari pusat ribut. Manakala, petir pula akan berlaku semasa peringkat pembangunan ribut petir, sebelum jatuhnya titisan hujan yang pertama. Apabila wap air diserap ke dalam awan dan naik ke kawasan lebih tinggi di langit. Seterusnya, ia juga akan membentuk caj positif dan caj negatif. 

Apabila caj itu cukup kuat, elektrik dibebaskan sebagai petir. Walaupun sesetengah kilat sering mendahului hujan, terdapat juga keadaan berlaku bermula dari downdraft atau lebih dikenali sebagai angin kencang, ribut petir dan kemudian diselangi dengan hujan.

Antara Ribut Petir Dan Hujan, Mana Yang Berlaku Dulu?

Jawapannya adalah, ribut petir mengakibatkan berlakunya hujan lebat. Hujan lebat daripada ribut petir boleh mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh. Angin kencang dan hujan batu yang dikaitkan dengan sesetengah ribut petir juga adalah berbahaya.

Di Malaysia, ribut petir merupakan satu fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Walaupun secara relatifnya ia bersaiz kecil, tetapi semua ribut petir adalah merbahaya. Setiap ribut petir menghasilkan kilat yang boleh mengancam nyawa manusia.

Walau bagaimanapun, tidak semua hujan adalah disebabkan ribut petir. Ia juga mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca seperti perolakan, kesan orografik, kesan hutan hujan dan pengaruh manusia.

Sumber : Climate NCSU , Jabatan Metreologi Malaysia