Malaysia Di Tangga Kedua Untuk Negara Pilihan Pelancong Dari Asia

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Tokyo, Bangkok dan Taipei adalah tiga destinasi utama pilihan pelancong-pelancong di Asia bagi menyambut festival tersebut. Tahun Baharu Cina, juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga, menyaksikan penghijrahan peringkat global yang terbesar apabila sebahagian daripada penduduknya membuat perjalanan merentasi benua untuk menziarahi kaum keluarga dan sahabat. Meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati hidangan makan besar adalah satu keutamaan ketika Tahun Baharu Cina, menjadikannya satu masa yang paling sesuai untuk membuat perjalanan bersama. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan apabila Jepun, Malaysia dan Thailand mendapat tempat utama sebagai destinasi pilihan pelancong Asia untuk menyambut Tahun Baharu Cina — dengan menawarkan pelbagai pengalaman unik seperti makanan yang lazat, kebudayaan dan syurga membeli-belah untuk dinikmati oleh setiap ahli keluarga.

Pelancong dari China bertumpu ke Jepun, menjadikan Tokyo, Osaka dan Sapporo sebagai bandar destinasi utama antarabangsa bagi pelancong China.

Jepun juga merupakan negara pilihan nombar satu bagi pelancong-pelancong dari Thailand untuk Festival Musim Bunga, dengan lapan bandar Jepun di dalam senarai sepuluh teratas.

Sementara itu, pelancong-pelancong Jepun menuju ke destinasi-destinasi berhawa Tropika sempena Tahun Baharu Cina seperti Bangkok, Pattaya dan Chiang Mai di negara Thailand yang menduduki tempat pertama, ketiga dan kesembilan masing-masing sementara Singapura, Cebu dan Honolulu menduduki tempat ketujuh, kelapan dan kesepuluh. Seoul mendaki dua anak tangga dari tempat keempat dalam tahun 2019 ke tempat kedua tahun ini.

Pelancong-pelancong Korea Selatan pula menuju ke destinasi percutian pantai untuk menyambut ‘Seollal’ di Nha Trang (#3), Da Nang (#4), (di Vietnam), Cebu (#6) (di Filipina), Guam (#8) (di Micronesia) dan Bali (#10) (in Indonesia).

Malaysia, Indonesia dan Thailand menjadi tumpuan pelancong-pelancong Singapura untuk Tahun Baharu Cina, manakala Batam, Johor Bahru dan Kuala Lumpur menjadi destinasi bandar tiga teratas.

Pelancong-pelancong Taiwan menuju ke destinasi antarabangsa utuk Festival Musim Bunga dan bertumpu di Jepun dengan 7 daripada 10 destinasi utama berada di dalam negara tersebut. Seoul (#6) dan Busan (#9) di Korea Selatan juga mendapat tempat sepuluh teratas tahun ini.

Pelancong-pelancong Vietnam menyambut ‘Tet Nguen Dan’ (atau Tet), dan buat tahun ini, pelancong-pelancong sekali lagi memilih destinasi-destinasi antarabangsa dan menuju ke bandaraya kosmopolitan yang sibuk seperti Bangkok (#1), Singapura (#2), Taipei (#3).

Malaysia, adalah negara kedua yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Asia pada Tahun Baharu Cina ini. Malaysia juga merupakan lima daripada destinasi sepuluh teratas bagi pelancong-pelancong Indonesia — Kuala Lumpur (#1), Genting Highlands (#4), Pulau Pinang (#6), Johor Bahru (#8), dan Kuching (#9).

Pelancong-pelancong Malaysia pula memilih Thailand sebagai destinasi utama dengan lima daripada destinasi sepuluh teratas berada di dalam negara tersebut (Hat Yai, #1; Bangkok, #2; Krabi, #3; Phuket, #4; dan Koh Lip, #10).