3 Tips Untuk Kekal Hidrat Dan Segar Selepas Bersenam
Pernahkah anda berasa tidak bermaya dan penat setelah selesai bersenam? Hal ini adalah disebabkan badan kekurangan air yang mana menjadikan anda keletihan. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nutrien yang secukupnya dalam masa satu jam selepas anda bersenam. Dengan ini, ia dapat membantu anda membaiki dan merawat semula otot-otot yang telah rosak semasa bersenam atau sesi latihan. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa perkara lain yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan dehidrasi dan keletihan selepas bersenam.
Berikut adalah 3 tips untuk kekal segar sepanjang hari:
Mendapatkan Air Yang Secukupnya
Bagi mengekalkan paras air dalam badan, minum air yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Ia adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi, kehilangan caj elektrolit dan keletihan otot.
Selain itu, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi banyak garam dan minyak. Hal ini kerana garam boleh menyebabkan badan anda kehilangan air sekaligus menjadikan badan anda terdehidrasi. Oleh itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayuran hijau kerana ia mengelakkan anda dari rasa lapar.
Makanan Dengan Kalori Dan Nutrien Yang Baik
Anda juga disarankan untuk mengambil kalori yang secukupnya dan pilihan makanan bernutrien yang tinggi. Untuk tubuh yang sihat, anda juga perlu mendapatkan makanan yang bernutrien rendah dan tinggi kalori. Apabila anda melakukan rutin senaman, adalah penting untuk badan anda kekal hidrasi di sepanjang waktu tersebut. Jadi untuk menampung kehilangan air sepanjang tempoh senaman adalah dengan mengambil 2 atau 3 gelas sebelum tidur dan 3 hingga 4 gelas air sewaktu sarapan
Bagi anda yang ingin kekal segar sepanjang hari, mulakan pagi anda dengan makanan seperti roti jagung, oat, bijirin, sayuran dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangka masa yang lama dan melambatkan rasa lapar. Elakkan makanan yang manis dan bergula kerana kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.
Senaman Yang Santai Dan Relaks
Sebagai permulaan, anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman ekstrem untuk mendapatkan angka penurunan berat yang mendadak. Namun, ia masih tidak salah untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti senaman ringkas bagi mengekalkan tahap kecergasan diri dan kekuatan otot. Anda boleh melakukan kekerapan senaman sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu yang mana boleh dilaksanakan secara selang-seli bagi mendapatkan tempo yang ideal.
Hadkan waktu senaman anda kepada 30 hingga 45 minit untuk setiap sesi. Jika anda melakukan senaman berintensiti tinggi, mungkin anda boleh mengehadkan masa kepada 30 minit setiap sesi. Waktu yang terbaik untuk bersenam atau berjogging adalah pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, tahap glycogen dalam badan adalah rendah sekaligus memudahkan badan untuk membakar lemak yang sepatutnya. Sementara waktu malam pula, membantu anda dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dan keesokan harinya anda dapat merasakan kesegaran yang secukupnya untuk menjalani aktiviti harian. Seeloknya adalah anda bersenam dua jam sebelum waktu tidur anda.
________________________________________________________________________
Mendapatkan senaman yang efektif membantu mencegah penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Selain itu, ia turut meningkatkan prestasi mood, mengurangkan stres dan meningkatkan kualiti tidur. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S., ia mengesyorkan kepada individu sekurang-kurangnya mendapatkan 150 minit aktiviti senaman setiap minggu. Selamat mencuba!