Mengapa Anda Tidak Patut Minum Teh Awal Pagi?
Mulakan hari anda dengan teh adalah tidak seindah yang anda sangka. Hal ini kerana teh seperti teh hitam dan teh hijau mengandungi kafein yang berbeza-beza selain kafein juga tidak sepatutnya menjadi minuman pertama yang anda ambil sewaktu perut kosong.
Kafein memberi tindak balas yang tidak sihat dalam badan yang mana ia akan meningkatkan tahap asid serta menganggu sistem pencernaan jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk meminum segelas jus segar atau satu biji buah-buahan bagi mendapatkan vitamin yang sepatutnya atau hanya minum air suam untuk memulakan sistem anda.
Berikut adalah lima sebab mengapa anda tidak disarankan untuk meminum teh pada waktu pagi:
Tahap Asid Dan Alkali Yang Tidak Konsisten
Pengambilan teh pada awal bagi boleh mengganggu sistem metabolik sesetengah individu. Kafein dalam teh menyebabkan peningkatan asid dalam badan. Oleh yang demikian, paras asid dan alkali yang menjadi tidak sama sekaligus mengganggu proses percernaan dalam badan. Bukan itu sahaja, anda akan merasa tidak selesa atau perut memulas sepanjang hari.
Menyumbang Kepada Dehidrasi
Teh akan memberi kesan dehidrasi, tambah lagi jika anda meminumnya dalam kuantiti yang banyak. Hal ini kerana, teh mengandungi diuretik iaitu agen perkumuhan yang meningkatkan aliran darah ke buah pinggang dan menggalakkan mereka untuk mengeluarkan lebih banyak air. Walau bagaimanapun, berlainan teh akan memberi kesan yang berlainan, bergantung kepada amaun kafein dalam teh.
Merosakkan Enamel Gigi
Apabila anda mengambil teh pada awal pagi, bakteria di mulut anda akan merosakkan gula yang menyebabkan peningkatan paras asid di dalam mulut dan ini boleh menyebabkan hakisan enamel dalam gigi anda. Ia mungkin juga menyebabkan gingivitis kerana bakteria berlebihan yang terbina dalam mulut.
Menyebabkan Kembung Perut Dan Sembelit
Setiap individu mempunyai citarasa pada teh yang berbeza. Ada yang menghidangkan teh dengan gula dan ada juga yang mengambil teh bersama susu. Oleh sebab kehadiran susu dalam teh, banyak orang mungkin akan merasa kembung perut disebabkan kandungan laktosa yang tinggi dalam susu mempengaruhi proses penghadaman dalam usus ketika perut kosong. Ini boleh membawa kepada angin dan sembelit.
Melambatkan Penyembuhan Luka
Teh hijau boleh melambatkan pembekuan darah. Ia juga menyebabkan kesan penipisan sel dan dinding darah meningkat yang mana apabila luka, ia tidak dapat memberhentikan darah di kawasan sekitar luka. Anda tidak digalakkan untuk mencampurkan teh hijau dan aspirin kerana kedua-duanya menghalang darah dari pembekuan. Menggunakan kedua-dua bersama boleh meningkatkan risiko pendarahan.
________________________________________________________________________
Tidak salah untuk mendapatkan secawan teh dalam aktiviti harian anda. Namun, pengambilan ini hendaklah tidak berlebihan dan mengikut kuantiti yang dibenarkan. Terdapat pelbagai jenis dan variasi teh yang boleh diperolehi di pasaran. Pilih teh tersebut mengikut kesesuaian citarasa dan penerimaan badan anda untuk kesihatan yang lebih baik.