Tips Perjalanan – Bagaimana Untuk Memastikan Kereta Anda Selamat Untuk Perjalanan Jauh?
Keselamatan kereta dan pemanduan adalah penting. Lebih-lebih lagi jika anda memnadu untuk tempoh yang lama atau jarak yang jauh. Oleh itu, sebelum anda meninggalkan rumah, anda disarankan untuk menyelenggara kereta anda supaya pemanduan menjadi lebih mudah dan lancar. Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ambil bagi memastikan kenderaan anda selamat untuk perjalanan jauh.
Berikut adalah 8 langkah yang perlu anda ketahui:
- Periksa bendalir brek. Tanpa kuantiti bendalir brek atau cecair hydraluic yang cukup, ia akan mengganggu sistem brek keseluruhan kereta. Jika kereta anda menghadapi masalah cecair brek bocor, pastikan anda terus menghantar kereta anda kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut.
- Tukar minyak pelincir. Cecair ini berfungsi sebagai minyak enjin dan cecair hydraluic yang membantu memudahkan pergeseran gear, menyejukkan enjin dan melincirkan bahagian-bahagian yang bergerak.
- Tukar penapis udara. Penapis udara baru membolehkan enjin kenderaan anda untuk mendapatkan udara bersih yang menghalang pencemaran udara seperti kotoran, debu dan daun daripada ditarik ke enjin kereta anda dan berpotensi merosakkannya.
- Sentiasa mengisi tangki gas anda apabila separuh penuh. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada kenderaan kehabisan minyak selain tidak menjumpai stesen minyak yang berdekatan.
- Semak keadaan tayar. Anda perlu periksa bunga tayar sama ada masih tebal dan tekanan tayar yang mencukupi. Anda juga perlu memastikan tayar ganti anda berada dalam keadaan yang baik.
- Tukar getah pengelap cermin kereta dan isi cecair pengelap pada paras yang sesuai. Pastikan wipers anda masih lembut dan sesuai untuk membersihkan cermin ketika hujan. Elakkan daripada menggunakan wipers yang telah keras kerana ia tidak dapat berfungsi dengan baik selain turut merosakkan cermin.
- Di samping itu, anda perlu membuat senarai semak item untuk dibawa di dalam kereta. Ini termasuk:
- Lampu suluh
- Pemacu skru dan nut untuk tayar
- Jet kereta
- Bawa manual servis.
Bukan itu sahaja, ketahui had dan rancang perjalanan anda. Jika anda memandu pada jarak yang jauh, pastikan anda berhenti untuk beberapa ketika bagi merehatkan enjin anda selain mengurangkan risiko overheat. Elakkan daripada memandu pada kelajuan maksima. Hal ini bagi mengurangkan kuantiti penggunaan minyak petrol.