Lina Rosli Diterbitkan 23 January 2020

Ini Adalah 5 Mitos Mengenai Pendermaan Organ

Ini Adalah 5 Mitos Mengenai Pendermaan Organ

Derma organ atau tisu adalah amalan yang bukan baru di Malaysia kerana ia merupakan salah satu kaedah rawatan yang yang dilakukan di negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan transplantasi organ meningkat dari tahun ke tahun, tetapi bilangan pemangku yang ingin menderma selepas kematian adalah rendah. 

Sehingga kini, dianggarkan lebih dari 126,000 penderma telah direkodkan di Pusat Sumber Transplantasi Negara. Pusat ini ditubuhkan bukan sahaja untuk meningkatkan bilangan penderma organ, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, dan untuk memberi maklumat mengenai kepentingan pendermaan organ.

Banyak yang mengatakan, terdapat banyak risiko yang akan di alami oleh penderma yang menjadikan ramai orang menangguhkan untuk melakukannya. Hakikat sebenarnya adalah tiada perubahan selepas menderma organ. Ahli keluarga juga masih boleh menjalankan pengebumian seperti biasa selepas pembedahan berlaku.

gray surgical scissors near doctors in operating room

Terdapat beberapa jenis pendermaan organ iaitu derma untuk keluarga terdekat dan orang luar (tiada hubungan keluarga). Namun, kebiasaannya ia terhad kepada yang berkaitan dengan darah atau yang mempunyai hubungan emosional seperti suami dan isteri. Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda dalam membongkar mitos tentang pendermaan organ selain membantu individu yang ingin menderma organ menyelamatkan nyawa individu yang memerlukan.

Mitos 1: Saya ada masalah kesihatan dan rekod perubatan. Jadi, saya tidak boleh menderma.

Jawapannya adalah tidak. Semua individu boleh mendaftar menjadi penderma organ tanpa mengira usia atau sejarah perubatan. Walaupun anda mempunyai penyakit atau masalah kesihatan sebelum ini, anda masih boleh mendermakan organ atau tisu anda. Doktor akan memeriksa organ anda dan menentukan sama ada ia sesuai untuk didermakan atau tidak.

Mitos 2: Saya terlalu tua untuk menderma.

Tiada had umur ditetapkan untuk menderma organ. Sebelum ini, terdapat beberapa kes pemindahan organ berlaku daripada bayi baru lahir sehingga warga emas berumur 93 tahun di Amerika Syarikat. Kebanyakan organ akan digunakan sekitar 6 hingga 72 jam selepas dikeluarkan dari badan penderma. Sementara untuk tisu badan seperti kornea, kulit, tulang, ligamen dan injap jantung pula akan disimpan terlebih dahulu.

Mitos 3: Orang kaya atau orang ternama berada dalam kedudukan teratas dalam senarai menunggu.

Status selebriti dan kewangan tidak akan diipertimbangkan dalam peruntukan organ. Ini mungkin kelihatan seperti itu kerana jumlah publisiti yang dijana apabila selebriti menerima pemindahan, tetapi mereka tidak diberi layanan secara berbeza daripada orang lain.

Mitos 4: Saya perlu membayar lebih untuk menderma organ.

Tiada kos diperlukan untuk menderma organ. Hal ini kerana, pembayaran untuk pemindahan organ adalah salah disisi undang-undang. Walau bagaimanapun, ahli keluarga masih perlu membayar untuk kos perubatan dan pengebumian anda. Kos yang berkaitan dengan pemindahan organ dibayar oleh penerima, biasanya melalui insurans.

Mitos 5: Mungkin saya masih belum mati apabila mereka menandatangani sijil kematian saya.

Ia adalah topik popular dalam arena web, sebenarnya terdapat beberapa proses yang perlu dilalui sebelum pihak hospital mengisytiharkan individu tersebut telah mati. Malah, orang yang telah bersetuju dengan sumbangan organ diberikan lebih banyak ujian untuk menentukan bahawa mereka benar-benar mati daripada mereka yang tidak bersetuju dengan sumbangan organ.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa mitos mengenai isu menderma organ dan tisu. Bagi anda yang ingin mendermakan organ selepas meninggal dunia boleh mengisi borang pendaftaran penderma organ yang terdapat di semua hospital kerajaan, Jabatan Kesihatan Daerah, Pusat Kesihatan Daerah, Pusat Sumber Pemindahan di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh, Pusat Sumber Pemindahan, Hospital Pulau Pinang, Sumber Pemindahan Pusat Hospital Sultanah Aminah, Johor atau muat turun borang dari laman web Pusat Sumber Transplantasi Negara.

Sumber : myHEALTHorgandonor.gov , Mayoclinic