Apa Itu Pandemik? Ini Adalah Langkah Pencegahan Untuk Melindungi Diri Anda Daripada Jangkitan Wabak
Apa itu pandemik? Pandemik adalah satu keadaan yang mana berlaku wabak baru yang tersebar di serata dunia. Ia berlaku apabila virus baru muncul dan merebak di seluruh dunia, dan kebanyakan orang tidak mempunyai imuniti. Virus yang telah menyebabkan pandemik biasanya berasal daripada virus influenza haiwan.
Apakah perbezaan antara epidermik dan pandemik?
Pandemik biasanya berlaku di kawasan-kawasan geografi yang besar dan boleh merebak atau mempengaruhi hampir semua populasi di seluruh dunia. Sementara epidermik pula, biasanya merujuk kepada kesan kesihatan yang berlaku di satu negara atau rantau.
Jika anda menonton televisyen atau lihat di mana-mana media sosial, anda pasti pernah mendengar tentang coronavirus baru, virus baru yang merebak di seluruh China dan merebak ke bahagian lain di dunia yang dipanggil 2019 Novel Coronavirus atau 2019-nCOV. Ia telah mengakibatkan penyakit yang serius, masalah pernafasan, kegagalan pernafasan dan juga kematian. Wabak ini berlaku disebabkan oleh virus yang diadaptasi dan dipindahkan dari haiwan seperti ular dan kelawar ke manusia.

Adakah wabak pandemik berbahaya?
Pandemik adalah disebabkan oleh virus influenza baru atau novel. Penyebaran kedua-dua virus terhasil daripada campuran gen dan merebak kepada manusia. Oleh kerana ia masih baru, tiada perlindungan dikenalpasti setakat ini selain masih tiada vaksin dibangunkan. Oleh itu, ia boleh menyebar dengan cepat dan menyebabkan kadar penyakit dan kematian yang tinggi. Virus selsema sentiasa berubah dan boleh beradaptasi yang menyebabkan wabak ini akan muncul dari semasa ke semasa.
Bagaimana boleh saya melindungi diri?
Setakat ini, 2019-nCOV masih tidak mempunyai sebarang penawar atau vaksin. Namun, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mencadangkan anda untuk membersihkan tangan menggunakan air dan sabun bagi mengurangkan jumlah kuman pada tubuh. Anda juga boleh menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer) yang sekurang-kurang mengandungi 60% alkohol.
Pembersih tangan berasaskan alkohol boleh mengurangkan jumlah mikrobakteria atau kuman di tangan dalam beberapa keadaan, namun pembersih ini tidak menghapuskan semua jenis kuman. Tidak seperti pembersih tangan, sabun dan air adalah lebih berkesan mengeluarkan kuman seperti Cryptosporidium, norovirus, dan Clostridium difficile1-5.
Antara langkah pencegahan turut disyorkan oleh CDC termasuk:
- Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selama 20 saat. Atau jika anda berada di luar atau tempat awam, anda boleh menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol bagi mencuci tangan anda.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung, dan mulut anda dengan tangan yang tidak dicuci.
- Tutup mulut anda apabila batuk atau bersin menggunakan tisu. Jika anda sakit, kurangkan aktiviti di luar rumah.
- Gunakan topeng muka apabila pergi ke tempat awam atau kawasan yang ramai orang.
- Bersihkan dan basmi kuman pada objek yang terdedah dengan sentuhan seperti alat kawalan jauh, sinki, cawan, meja dan lain-lain.
________________________________________________________________________
Bagi melindungi diri anda daripada virus ini, anda perlu mempersiapkan diri dengan beberapa langkah pencegahan selain memastikan anda mengetahui kemaskini terkini tentang wabak yang melanda di seluruh dunia.
Sumber: WHO , CDC , Healthline