TinyBaker In PINK – Kafe Dengan Hiasan Dan Konsep Instagram-Worthy
TinyBaker In PINK adalah sebuah kafe yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya. Kafe ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah The Strand. Ia membawakan konsep seakan kafe di Korea Selatan dengan hiasan dalaman yang cukup menarik. Seperti di kafe-kafe lain, TinyBaker In PINK ini membawakan pelbagai jenis hidangan kek dan manisan yang sangat memikat selera.

Jika anda datang ke kafe kecil ini, mata anda pasti akan tertarik dengan hiasan dalaman yang dipersembahkan. Ia menampilkan suasana minimal yang mana menggunakan warna putih sebagai warna utama. Menerusi pilihan warna ini, ia memberikan kesan lebih luas dan bersih kepada kafe tersebut.
Bukan itu sahaja, antara yang menarik di kafe ini adalah set roti yang perlu di panggang sendiri sekaligus memberikan sesuatu pengalaman yang berbeza dengan kafe-kafe lain di sekitar Petaling Jaya.

Walaupun kafe ini tidak menyediakan banyak pilihan makanan, namun cara dekorasi pada hidangan adalah sangat cantik dan menarik. Ia juga tidak menyediakan hidangan berat seperti kafe-kafe lain. Antara hidangan yang boleh anda cuba di TinyBaker In PINK termasuk kek boba iaitu Bubble Earl Grey Chiffon Cake. Hidangan ini berharga RM49 untuk keseluruhan kek atau RM10 setiap potongan. Sementara, untuk set roti panggang pula berharga RM25.


Selain manisan, ia juga menyediakan beberapa pilihan minuman tin dan teh panas. Antara menu minuman adalah Mocha, Matcha Latte dan Chocolate (RM4). Bagi yang berminat, berikut adalah butiran lanjut untuk anda datang ke TinyBaker in PINK.
Alamat: 58-2, Jalan PJU 5/21 Kota Damansara (atau Waze Pink, The Strand)
Waktu operasi: 11 pagi – 7 malam (tutup pada hari Rabu)
WhatsApp: 010 565 7152 (untuk pesanan)