Carian
Ini 5 Gaya Jam Tangan Yang Boleh Anda Cuba 
February 3, 2020 Lina Rosli

Ini 5 Gaya Jam Tangan Yang Boleh Anda Cuba 

Jika anda lihat dalam industri fesyen hari ini, jam tangan adalah sesuatu barangan yang boleh dikatakan agak ‘underrated’. Yang mana pilihan rekaan untuk sesetengah jam boleh dikatakan agak tidak mengikuti arus fesyen. Namun, terdapat segelintir jenama yang masih giat memperkenalkan rekaan-rekaan baru yang lebih menarik seperti Cartier, Tissot, Seiko, Daniel Wellington dan lain-lain. Bagi anda yang masih mencari-cari jam tangan untuk dimiliki, Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai pilihan rekaan yang anda boleh dapati. 

Classic Love Bracelet + Petite Melrose, Daniel Wellington

Gift Set DW00100219 + DW00400072 - Melrose 28 +  Love Bracelet Rose Gold Small

Jika anda mencari jam dengan gerakan quartz serta rekaan yang minimalis, Daniel Wellington adalah pilihan yang baik. Rekaan untuk jam ini sesuai untuk wanita yang ingin mengekalkan ciri kewanitaan, namun ingin tampil elegan dan santai dalam satu masa. Walau bagaimanapun, jam ini direka untuk tampil lebih bergaya dan tidak memfokuskan kepada ketahanan yang berpanjangan. Bagi yang berminat, ia hadir dengan gelang tangan pada warna yang sama pada harga RM990 untuk saiz 32mm dan RM910 untuk saiz 28mm.

Carlie Automatioc Rose Gold-Tone Stainless Steel Mesh Watch, Fossil

Ini adalah salah satu jam tangan fesyen dengan reka bentuk dan nilai yang boleh dikatakan agak baik. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh dibandingkan dengan jam tangan mewah. Jika jangkaan anda adalah realistik dan anda membandingkannya dengan jenama serupa dalam julat harga yang sama, mereka mempunyai kualiti yang baik. Harga jualan jam tangan ini adalah sekitar RM876.

Casio A700WMG-9A

A700WMG-9A

Berbanding jenama yang lain, Casio sudah sinonim dengan kehadiran jam tangan yang tahan lasak selain mempunyai rekaan yang tidak tampak terlalu feminin. Bukan itu sahaja, ia juga membawakan rekaan muka empat segi dengan sistem jam digital. Bagi anda yang ingin tampil lebih kemas, jam tangan ini adalah lebih sesuai digunakan dalam kehidupan seharian anda. Di Malaysia, ia boleh didapati pada harga sekitar RM220. 

Samsung Galaxy Watch 42mm Rose Gold

Kebanyakan model jam tangan pintar hadir dengan reka bentuk moden dan minimalis yang. Untuk Samsung, ia membawakan variasi rose gold dengan muka jam analog. Ia juga menyokong beberapa ciri pintar yang mengagumkan. Di permukaan, ia hanya kelihatan sebagai jam tangan chronograph yang ringkas dan elegan, sementara pada permukaan tersembunyi ia menampilkan bezel berputar dan skrin sentuh dengan pelbagai fungsi.

Bukan itu sahaja, ia dilengkapi fungsi seperti menjejaki kesihatan anda secara keseluruhan, membuat panggilan telefon atau mendengar muzik pada jangka masa harian anda. Menarik mengenai jam tangan ini juga, ia hadir dengan pembantu suara Bixby Samsung.

Swatch White Bishop

WHITE BISHOP

Jam tangan Swatch menggunakan reka bentuk mudah tanpa menjejaskan fungsinya sebagai jam. Untuk jam ini, ia memilih jalur silikon putih dan muka jam dengan penanda emas dan nombor jam. Kedua-dua nada emas dan putih menambah tahap kontras yang halus kepada rekaan keseluruhan. Ia sangat sesuai untuk anda yang ingin tampil bersih dan santai pada imej harian anda. Harga yang ditawarkan untuk jam ini adalah RM295 seutas.

________________________________________________________________________

Setiap jenama mempunyai fungsi yang tersendiri. Antara jenis jam tangan yang ada di pasaran termasuk analog, digital, hybrid, jam tangan pintar dan tactile (sentuhan). Jadi, bagi anda ingin mendapatkan jam tangan dengan padanan warna rose gold atau keemasan, Daniel Wellington dan Fossil adalah pilihan yang terbaik. Jika anda lebih memilih untuk memiliki dengan ketahanan yang berpanjangan, Casio adalah jenama yang paling sesuai.

Di harap dengan perkongsian ini, ia dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak. Selamat mencuba!

Komen