Tips Bajet – Bagaimana Anda Boleh Menjimatkan Penggunaan Air Di Rumah?
Air merupakan salah satu sumber yang penting yang diperlukan oleh setiap individu. Hal ini kerana, air digunakan untuk bermacam-macam perkara selain membantu dalam mengurus rumah anda. Namun, anda juga perlu mengawal penggunaan air setiap hari bagi menjaga kesejahteraan sejagat selain mengurangkan kos perbelanjaan bulanan.
Secara purata, jumlah air yang digunakan oleh individu di Malaysia adalah sekitar 300 liter pada tahun 2018. Menurut Indah Water Konsortium, jumlah sepatutnya yang diperlukan individu adalah sekitar 165 liter untuk tujuan membersih, mandi dan minum. Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan hampir dua kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya.
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsikan tips dan kaedah mudah untuk anda praktikkan dalam menjimatkan penggunaan air di rumah.
Menggunakan air pada arus yang rendah
Jika anda perasan, tempat yang menggunakan air paling banyak adalah di tandas dan bilik mandi. Kedua-dua tempat ini boleh dikatakan menyumbangkan hampir 60 peratus daripada penggunaan air dalam rumah secara purata.
Anda boleh menukar pancuran atau paip air di rumah yang mengalirkan air pada arus yang rendah. Ia adalah cara terbaik untuk menyelamatkan air dan wang anda. Pancuran mandian aliran rendah adalah yang mempunyai kadar aliran kurang daripada 2.5 GPM pada tekanan air sebanyak 80 paun per inci persegi (psi).
Terhadkan masa mandi
Ketika mandi, purata air yang digunakan adalah sekitar 50 dan 100 liter, sementara untuk penggunaan tandas pula adalah kira-kira 5 hingga 15 liter. Elakkan daripada mandi terlalu lama kerana ia meningkatkan penggunaan seharian anda. Selain itu, anda digalakkan untuk menutup paip ketika memberus gigi kerana ia adalah cara yang paling mudah untuk menjimatkan air, dan ia mudah untuk menjadikannya suatu kebiasaan.
Betulkan saluran paip bocor
Periksa sistem paip di rumah anda. Pastikan anda mengenalpasti jika terdapat kebocoran pada saluran selain mengawal aliran air yang dipamkan ke sekitar rumah anda. Rujuk tukang paip profesional untuk membetulkan sistem paip di rumah jika kuantiti yang digunakan adalah terlalu berlebihan.
Menggunakan mesin basuh front-load
Mesin basuh jenis top loader menggunakan lebih banyak air berbanding front-load pada saiz yang sama. Apabila membeli mesin basuh baru, cari model atau jenis mesin basuh yang mengurangkan penggunaan air sehingga 35% daripada mesin basuh konvensional untuk beban yang sama. Juga lihat jika model baru mempunyai mod penjimatan air, yang akan menjimatkan lebih banyak lagi.
Matikan paip semasa membasuh pinggan
Apabila anda membasuh pinggan mangkuk, basuh dan bersihkan setiap peralatan dan pinggan mangkuk tanpa mengalirkan air. Apabila semua pinggan dan cawan telah di basuh dengan sabun, baru buka air untuk membilas kotoran dan sabun. Dengan in i, ia menjimatkan lebih banyak air berbanding mencuci dan memberus pinggan pada paip yang sedang terbuka.
________________________________________________________________________
Terdapat pelbagai tips penjimatan lain yang boleh anda praktikkan dirumah. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengurus perbelanjaan rumah anda selain menjadikan sumber air lebih terpelihara. Selamat mencuba!
Sumber: Hydro Net