Tips Minta Maaf & Putus Cinta
Hai,
Sudah sekian lama saya tidak menulis di dalam laman web Tajria. Jujur saya katakan, saya agak sibuk. Saya sibuk mencari pasangan hidup baharu. Erti kata lain, saya sibuk mencari cinta. Saya sudah move-on dari kekasih lama yang telah putuskan hubungan dengan saya. Sudah bertahun lamanya, masuk tahun 2020 ini sudah 3 tahun – atau mungkin juga empat. Saya tidak lagi berfikir mengenai kisah lama, kerana cuba melupakan segalanya.

Cuma, sejak kebelakangan ini – setiap kali tidur saya pasti akan bermimpi mengenai Si Dia. Jujur saya katakan, yang saya sudah move-on. Walaupun Si Dia muncul di dalam mimpi, saya tidak lagi ada perasaan terhadap Dia. Tetapi mimpi ini menganggu saya. Adakah ada perkara yang belum saya selesaikan? Adakah ada lagi silap saya yang belum saya minta maaf? Entahlah, dalam sibuk mencari cinta baharu ini – mimpi ini menganggu.
Dalam artikel ini, saya akan tuliskan tips bagaimana cara yang sebenar yang para lelaki gemar untuk para wanita meminta maaf dan juga cara sebenar yang akan membuatkan lelaki tidak gelabah atau mudah move-on apabila ingin putuskan hubungan.
Tips – Cara Minta Maaf Atas Silap Sendiri
Ketahui terlebih dahulu, isu pergaduhan yang berlaku adalah disebabkan siapa. Jangan membabi buta terus ingin salahkan Si Lelaki. Ingat wahai wanita, lelaki walaupun majoriti semuanya hampir sama – tetapi tidak semestinya sesuatu isu itu salah kami.
Selepas tentukan yang isu yang berlaku adalah salah anda (wanita), tanyakan kepada pasangan anda pendapat. Bincang dengan baik dan tenang, dan jujur sahaja terhadap salah silap yang anda telah lakukan. Walaupun jika Si Lelaki itu marah, jangan bersifat ingin sentiasa menang. Ingat, isu ini adalah salah anda. Jadi, layankan sahaja Si Lelaki dan biarkan beliau menang.

Dalam bertahun pengalaman cinta buta, cinta monyet dan cinta yang entah ke mana – saya sedar yang para wanita kerap ingin menang dalam satu pergaduhan walaupun itu salah mereka. Kenapa? Adakah ego anda? Tidakkah anda berfikir yang kami para jejaka kacak, juga ada perasaan dan hati? Kami kerap berasa sakit. Terluka hati dan sedih kerana anda kerap ingin menang dan selalu salahkan kami walaupun ianya salah anda.
Ubah persepsi minda anda, cuba mengalah apabila buat silap dan paling penting sedarlah apa yang telah anda lakukan. Jika anda inginkan satu hubungan yang kekal lama, setia, bebas isu, dan sentiasa bahagia – sekal-sekala biarkan Si Lelaki menang.
Tidak boleh? Ego tinggi? Sombong?
Jahanamlah kamu dan jangan teruskan menyakiti hati kami. Tinggalkan kami, pergi cari mangsa lain yang boleh menjadi hamba cinta anda. Bagaimana pula cara untuk tinggalkan kami, walaupun ia adalah salah anda?
Tips – Cara Putuskan Hubungan Walaupun Ia Salah Anda & Tidak Ingin Mengubah Sikap Sedia Ada
Setiap hubungan cinta, tidak sah jika tiada perbalahan antara satu sama lain. Jika anda wahai para wanita, langsung tidak ingin berubah dan sentiasa ingin menang – mohon putuskan sahaja hubungan dan jangan berikan tekanan kepada lelaki. Saya ulang sekali lagi, janganlah cederakan hati kami.
Cara yang mudah adalah jujur. Jika sukar, letakkan pelbagai lapisan ayat berbeza agar ia masih menyampaikan mesej yang sama. Contoh, teruskan sahaja mengaku yang tadi ia silap anda – dan cari alasan untuk jelaskan yang anda adalah seorang yang tidak layak untuk pasangan anda tadi dan mungkin tidak serasi. Katakan sahaja, yang anda jenis yang sentiasa ingin menang dan manja – jelaskan sahaja walaupun ia salah anda dan anda inginkan Si Lelaki terima maaf tadi.
Mudahnya, katakan sahaja yang hubungan anda tidak serasi.
Sukar untuk seseorang ubah sikap menjadi yang lebih baik. Namun, tidak salah jika mencuba.

Kenapa anda perlu jujur? Ini kerana, selepas tamatnya hubungan anda – ia akan lebih memudahkan Si Lelaki tadi, mencari pasangan baharu. Erti kata lain, mudahlah untuk kami move-on dan terus lupakan kenangan lama. Apabila anda jujur, kami yang lelaki akan sedar yang anda bukanlah wanita yang kami idamkan. Anda hanya seorang yang jahanam.
Maaf jika terkasar kata. Tetapi jika anda lakukan tadi, Si Lelaki akan fikir yang anda adalah seorang yang tidak lagi berguna dan Si Lelaki akan mula membenci. Jangan kamu acah-acah ingin sedih dan sayang. Berikan kami peluang untuk benci anda dan cari yang lain.
Itu sahaja perkoingsian yang boleh saya jelaskan. Harap ia akan membawa manfaat.