Jibby & Co – Kafe Dengan Citarasa Melbourne Dan Asia Moden
Jibby & Co adalah anak syarikat kepada Serai Group yang mana ia terletak di Empire Subang berdekatan dengan LRT dan KTM Subang Jaya. Ia menyediakan pelbagai jenis hidangan dan menu makanan untuk makan pagi, tengahari dan makan malam yang menyelerakan.

Dari segi susun atur dan reka bentuk bangunan, restoran dengan ruang dua tingkat ini menampilkan citarasa moden dan minimalis yang menarik. Di tingkat atas restoran, ia menggunakan panel kaca yang besar dan diletakkan tirai untuk menghalang kemasukan cahaya matahari. Ia juga dilengkapi perabot dan lantai kayu, saluran paip logam yang terdedah, tangga logam dan terdapat beberapa pokok sebagai hiasan yang ditempatkan di tengah-tengah ruang makan. Dengan penampilan kafe yang menarik, ia menjadikan Jibby & Co sebagai salah satu kafe yang instagrammable atau insta-worthy untuk mengambil gambar.
Beralih ke menu hidangan yang disediakan, kafe ini membawakan pelbagai variasi menu termasuk pasta (sekitar harga RM29 sehingga RM36), pizza (sekitar harga RM32 sehingga RM45) serta hidangan dari Asia seperti Nasi Campur Daun Pisang (RM45), Linguini Goreng (RM28) dan bermacam-macam lagi.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba menu lain seperti Jibby Platter (RM35). Ia menghidangkan nasi putih yang ditanak bersama halia, ayam goreng berempah, sambal udang galah Thai dan telur yang digoreng bersama asam jawa dan cili api. Untuk yang gemar akan ikan salmon, anda boleh mencuba hidangan Pan Seared Norwegian Salmon Steak (RM38) yang mana ia membawakan nasi goreng bawang putih, telur rebus goreng dan sambal asam jawa.
Menu minuman pula, kafe ini menyajikan pelbagai jenis minuman seperti mocktails (sekitar harga RM15 sehingga RM20), Iced Cafe Latte (RM15), Nitro Infused Coffee (15), Earl Grey Supreme (RM12), Matcha Green Tea Latte (RM15), jus buah-buahan (RM15), Frost and Soda (RM8 sehingga RM15) dan banyak lagi.
Bagi anda yang berminat, anda boleh datang ke Jibby & Co di aras bawah (Level G) Empire Subang. Untuk maklumat lanjut:

Jibby & Co
- Alamat: GK-11, Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
- No Telefon: +603-5613 7070
- Waktu Operasi: 8.30am to 10.30pm, daily
- Website: Serai Group
- Facebook: Jibby & Co
- Instagram: Jibby Group