Isi Minyak Kereta Anda Menggunakan Aplikasi Setel Bermula Hari Ini
Setel adalah satu aplikasi dompet digital yang membenarkan pengguna untuk membuat pembayaran secara nirtunai di stesen minyak Petronas. Menarik mengenai Setel adalah anda boleh membayar terus pada telefon pintar anda sebelum anda keluar dari kereta untuk mengisi minyak.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh mendaftar akaun dan mengintegrasikan dompet digital tersebut dengan kad debit atau kad kredit sebelum memulakan transaksi. Dengan ini, anda tidak perlu beratur dan anda juga boleh mengintegrasikan kad Mesra anda untuk mendapatkan mata dari setiap transaksi.
Bagaimana anda boleh menggunakan Setel:
- Masukkan nombor pam minyak yang anda gunakan.
- Tetapkan jumlah isian yang anda inginkan, sama ada tangki penuh atau RM20, RM40, RM60 atau lain-lain.
- Masukkan PIN keselamatan 6 digit anda untuk mengaktifkan pam.
Bagi pengguna baru untuk aplikasi Setel, anda boleh menambah nilai tunai melalui online FPX dan akan mendapat pulangan tunai kembali sebanyak 10% untuk 3 transaksi pertama dalam tempoh sebulan dengan jumlah minimum RM90 dan rebat sehingga RM15.
Terkini, kemudahan ini juga tidak hanya tertumpu pada stesen minyak di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Ia kini telah diperluaskan ke serata Malaysia termasuk Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Sarawak dan banyak lagi. Selain itu, aplikasi Setel ini dilihat bakal hadir dengan beberapa ciri baru seperti membuat pesanan barangan di kedai Mesra di Petronas dan akan menyertakan ciri perkongsian akaun keluarga bagi memudahkan proses pembayaran dan pengumpulan mata ganjaran.
Ketahui maklumat lanjut mengenai lokasi stesen minyak Petronas berdekatan, cara pembayaran dan penebusan mata ganjaran secara terus pada aplikasi Setel atau layari laman web rasmi Setel. Muat turun aplikasi Setel di Google Play Store atau Apps Store bermula hari ini. Rasai pengalaman baru moden untuk gaya hidup terkini dan selamat mencuba!