Setiap hari kita bergantung kepada komputer, komputer riba, telefon pintar, jam tangan pintar dan perisian-perisian serta aplikasi-aplikasi yang memenuhi ruang di dalam gadjet tersebut.

Secara tidak langsung, ciptaan-ciptaan ini telah mempermudahkan proses penyelesaian masalah manusia - pengguna.

Untuk perkongsian kali ini, saya akan menulis tentang tiga(3) aplikasi mudah alih yang anda boleh guna untuk kelancaran hari anda. 

Sumber: Grammarly

 

Aplikasi yang pertama adalah Grammarly Keyboard. Ia boleh di muat turun melalui laman sesawang dan Play Store serta ios Store secara percuma untuk pengguna biasa. Berfungsi sebagai pengesan tatabahasa yang salah di dalam bahasa inggeris serta membantu pengguna membetulkan ayat mengikut kesesuaian kerja mereka. Bagi pengguna Chrome, boleh juga muat turun extension Grammarly jika merasakan anda memerlukan bantuan dalam penulisan berbahasa inggeris dalam kadar segera. 

Sumber: CamScanner

 

Aplikasi yang kedua adalah CamScanner. Secara mudah boleh di muat turun melalui aplikasi Play Store. Bagi CamScanner, mereka menawarkan pakej-pakej berbeza mengikut keperluan pelanggan. Untuk penggunaan biasa, setakat ini masih percuma. Masalah yang diselesaikan adalah mereka membantu pengguna dengan hanya mengambil gambar dokumen melalui salinan fikizal dan menukarnya kepada salinan digital tanpa perlu guna mesin scanner yang besar seperti sebelum ini.

Sumber: Google

 

Aplikasi yang ketiga adalah Google Translate. Umum mengetahui fungsi aplikasi ini, namun, tahukah anda ia bukan hanya boleh digunakan untuk mencari maksud satu-satu perkataan ini kerana Google Translate mampu menjadi penterjemah spontan apabila kita dalam perjalanan ke negara asing.

Baiklah, sampai di penghujung artikel kali ini, kongsikan artikel ini dengan semua supaya lebih ramai dapat manfaatnya.

 

 

Lihat profil
Abdul Muhaimin

1 artikel di Tajria.