Penulis Kacak Diterbitkan 5 February 2020

Cerpen: Cinta Pandang Pertama

Cerpen: Cinta Pandang Pertama

Aku ada sukakan seseoang ini. Lebih dari seorang, sebenarnya. Seorang ini namanya Ainatul, dia ada mata yang sangat cantik, indah, dan senyuman yang membuatkan aku terus cair. Kemudian, lagi seorang adalah Farhana – wajah beliau penuh dengan cahaya nur. Setiap kali aku pandang dia, merah pipi aku. Dia juga kerap tegur aku, jadi aku tahu dia ini baik orangnya.

Tetapi, ada seorang lagi ini – Dialah yang satu. Dia adalah gabungan kesemuanya dan aku yakin dia ini juga adalah idaman semua lelaki. Aku pandang sekali, aku terus rasa jatuh cinta. Dia ini berbeza dengan dua yang tadi. Aku betul-betul fikir aku akan sukakan dua orang tadi, tapi aku silap – yang ketiga inilah yang sebenarnya. Apabila Si Dia datang sahaja dekat dengan aku, pipi aku merah dan aku terus malu. Aku terus kawal ketampanan aku, aku kawal gaya percakapan aku, aku terus betulkan rambut aku dan sifat aku terus berubah menjadi penuh karisma.

Si Dia ini adalah bunga yang satu dan dialah pilihan aku.

Seminggu berlalu…

Suatu hari, sedang aku minum dan makan untuk sarapan di satu hari yang mendung, sejuk dan hampirn hujan – aku nampak Si Dia masuk ke kafe yang sama dengan aku. Dia sedang bersembang dengan beberapa rakan yang lain, dan tergelak manja – Ya Tuhan! Indahnya senyuman. Adakah Si Dia ini bidadari dari syurga? Dia dan rakan-rakan menuju ke meja yang berdekatan dengan aku. Aku terus tunduk, wajah aku merah, aku rasa malu dan menggigil. Dia duduk betul-betul menghadap aku.

Rakan-rakan dia bangun dan ambil order, ada yang sedang menjawab telefon, ada juga yang ke tandas. Si Dia kini berseorangan diri. Dalam hati aku, ini adalah peluang yang baik. Tapi, dengan suasana yang sejuk, aku yang malu, dan takut – aku terus mengigil dan ketakutan. Aku dapat rasakan suhu badan aku kejap panas kejap sejuk. 

Tanpa fikir panjang, dengan tenang dan perlahan aku menuju ke meja Si Dia. Aku terus tegur, 

“Hai?”. 

Dia pula menjawab 

“Aaaa, Hhhaaai!”. 

Aku kata ke dia, 

“Minta maaf, I xd niat nak ganggu u. But, I saw you before this and dalam fikiran I, OMG are you an angel from Heaven? So that was a week ago, than suddenly I nampak you again here and I fikir – fuhhh jodoh ni. So taknak buang masa and all, boleh x I nak berkenalan?”

Saat ini menjadi saat yang paling hambar. Dua-dua senyap, aku perasan rakan-rakan dia yang menuju ke meja mula berundur dan ada yang tergelak-gelak. Dia pula jawab.

“I guess yeah, but why?”

Aku pun,

“It’s hard to meet an angel that met the bencmark scores that most men likes. So I dah nampak you sebelum ini, I xnk terlepas, I want to ge to know you so that one day in future you’ll be my bride. And yeah, sorry, I jenis yang gila straight forward”.

Dia..

“Oh My God”

Wajah dia blushing, sedikit berpeluh, dan terus jawab

“Okay, ummm, well, I pun single for quite a while”

Dalam hati aku, YES!!!

Dia sambung,, 

“So, here’s my numnber. Contact me later”

Aku gembira. Dalam pengalaman aku hidup, susah untuk dapat wanita sebegini. Malam itu, aku hubungi dia, aku kenalkan diri. Tanpa buang masa, aku minta izin untuk telefon dia. Dia benarkan. Sejak malam itu sehinggalah ke hari ini, kami makin rapat dan rapat. Dan selepas berbulan berkenalan melalui WhatsApp, panggilan video dan panggilan telefon – akhirnya pertemuan pertama telah ditetapkan. Ia mengambil masa berbulan, kerana masing-masing sibuk dengan kerja. 

Seminggu lagi berlalu….

Kami sudah bercinta. Kisah disebalik, bagaimana aku akui cinta aku, bagaimana aku luahkan perasaan aku – itu biarlah rahsia. Ada pengajaran di sebalik cerita aku ini. Cerita aku ini ada benarnya ada sedikit tipunya. 

Pengajarannya, wahai para gadis, janganlah asyik sombong apabila ada lelaki yang ingin berkenalan. Jika benar tidak berminat, tolaklah dengan baik. Betul, jangan sesuka hati berkenalan dengan orang yang tidak dikenali – tetapi itulah konsep berkenalan sebenar sebelum zaman wujudnya telefon pintar. Beri peluang dan percayalah ada cinta sejati di luar sana.

Adakah wahai para gadis, anda hanya ingin mencari pasangan dalam golongan kecil anda sahaja. Seperti kenalan keluarga, kenalan rakan atau kenalan dari tempat sekerja? Dunia di luar ini bebas. 

 

Tiada gambar, kerana aku ingin anda semua bayangkan dalam ingatan.