Tips Cantik – Kenali kulit muka anda
Masing-masing mempunyai kondisi kulit muka yang berbeza, iaitu kulit muka berminyak, kering, normal dan kombinasi. Untuk mendapatkan glowing skin yang perfect, anda seharusnya mengenali kulit muka anda terlebih dahulu sebelum berganjak kepada skincare routines anda. Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada anda beberapa cara untuk mengenalpasti kulit anda dengan cara yang mudah.
Bagaimana untuk kenalpasti jenis kulit muka?
Senang saja. Tanpa perbelanjaan yang melampau seperti pergi ke dermatologi untuk mengetahui jenis kulit anda, anda hanya memerlukan sehelai tisu yang kering. Kemudian, ikuti langkah yang tertera di bawah.
- Cuci muka anda dengan bersih menggunakan air bersih dan pencuci muka anda.
- Keringkan muka anda dengan tuala dan tunggu sehingga dua hingga tiga jam. Ingat, jangan pakai sebarang produk seperti pelembap ataupun toner selepas mencuci muka anda.
- Sambil menunggu, anda boleh koyakkan sehelai tisu yang kering kepada empat bahagian. Selepas dua ke tiga jam, lekatkan keratan tisu tadi di bahagian dahi, hidung, dagu dan salah satu pipi anda.
- Perhatikan dan teliti permukaan tisu tersebut untuk beberapa ketika.
Sekiranya keratan tisu tersebut tidak melekat dan jatuh, anda mempunyai kulit muka yang kering. Jika keratan tersebut melekat seketika untuk beberapa saat dan kemudian jatuh, anda mempunyai kulit muka yang normal. Manakala, untuk kulit jenis berminyak anda akan mendapati bahawa keratan tisu tersebut akan melekat dan mempunyai kesan minyak di bahagian tisu yang digunakan. Dan sekiranya hanya beberapa keratan tisu itu melekat samada di dahi, dagu, pipi ataupun hidung, dan selebihnya tidak melekat, maka kulit muka anda ialah kombinasi.
Perfect skincare routine for perfect skin
Setelah anda mengetahui jenis kulit anda, barulah anda boleh membeli pencuci muka dan produk-produk penjagaan kulit yang lain berdasarkan kulit muka anda. Tidak ada lagi alasan untuk anda salah memilih produk yang bersesuaian untuk mendapatkan kulit muka yang cantik. Selamat mencuba!