Carian
5 Tips Penjagaan Kucing Yang Perlu Anda Ketahui
February 12, 2020 Lina Rosli

5 Tips Penjagaan Kucing Yang Perlu Anda Ketahui

Kebanyakkan orang ada membela haiwan peliharaan,satu daripada haiwan peliharaan yang selalu dibela ialah kucing. Kucing sememangnya haiwan yang comel dan manja, tetapi tahukah anda ada terdapat beberapa cara penjagaan kucing yang perlu anda titik-beratkan. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda 5 tips mudah yang boleh anda praktikkan bersama bagi menjamin kesejagteraan kucing anda.

gray and black coated kitten standing on black and white wicker basket

Pemakanan yang bersesuaian

Makanan yang bagus untuk diberikan kepada kucing  adalah makanan kucing yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, diet yang seimbang untuk kucing juga penting yang mana setiap diet ini adalah bergantung kepada faktor umur, tahap kecerdasan dan kesihatan kucing anda.

Selain itu, anda perlu menyediakan air minuman yang bersih dan segar. Pastikan anda sentiasa membasuh bekas air untuk kucing anda bagi mengelakkan pembiakan bakteria di bekas air itu. Elakkan daripada memberi kucing anda makanan manusia atau bayi kerana ia boleh mengakibatkan kucing anda mengalami keracunan makanan. Jika hal ini berlaku, segera bawa kucing anda ke klinik haiwan jika terdapat tanda-tanda seperti hilang selera makan, muntah dan cirit-birit.

Dandanan

Anda tidak perlu memandikan kucing anda setiap hari. Walau bagaimanapun, pengurusan dandanan juga adalah penting. Anda perlu menyikat bulu kucing anda dengan kerap bagi menjaga bulu kucing daripada rosak. Pastikan anda tidak membiarkan kucing anda menjilat bulu mereka yang telah gugur. Apabila mereka termakan bulu tersebut, ia boleh menyebabkan usus tersumbat. Berikan kucing anda pil untuk mengurangkan keguguran bulu bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

selective focus photography brown cat lying over black cat

Kebersihan litter box

Litter box amat penting bagi kucing yang tinggal dia dalam rumah. Anda perlu sentiasa memastikan litter box tersebut berada dalam keadaan yang bersih dan tidak berbau supaya kucing anda berasa selesa.

Jika litter box itu telah dipenuhi dengan najis-najis kucing anda perlu membersihkannya sekurang-kurangnya sehari sekali (jika kucing anda memiliki jumlah kucing yang banyak). Jika tidak dibersihkan, kucing anda kemungkinan besar membuang air di luar litter box. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan pengumpulan bakteria serta akan terdapat ulat pada najis tersebut.

Jika anda mendapati bahawa kucing anda masih tidak mahu menggunakan litter box walaupun ianya sudah dibersihkan dan tidak berbau, sila bawa kucing anda ke vaterinar kerana dibimbangi kucing anda menghidapi masalah kesihatan berkaitan dengan usus.

Kebersihan kucing

Anda perlu sentiasa membersihkan mata kucing anda kerana jika tidak dibersihkan, ia akan mengeluarkan taik mata di sekitar mata kucing anda, Ia juga boleh merebak ke seluruh mata dan menyebabkan kucing anda sukar untuk membuka mata dan melihat. Bersihkan mata kucing anda menggunakan tisu basah yang dikhaskan untuk kucing. Elakkan menggunakan tisu basah biasa kerana ia tidak sesuai dengan kucing

Sediakan tempat mencakar

Kucing-kucing sangat suka mencakar untuk mengasah kukunya, tetapi ia akan menjadi tidak bagus jika kucing anda mencakar karpet, sofa, katil atau perabot lain sekitar rumah anda. Cara untuk mengatasi hal ini adalah dengan cara membelikan mereka tempat khas untuk mencakar supaya kucing anda tidak mencakar di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

________________________________________________________________________

Kucing mempunyai keletah mereka yang tersendiri. Walaupun cara penjagaan kucing boleh dikatakan agak mudah, namun anda masih perlu memastikan tahap keselesaan dan kebersihan kucing pada kondisi yang baik. Oleh itu, di harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda menjaga kucing anda dengan lebih baik. Selamat mencuba!

Komen