Carian
Ini Adalah 4 Jenis Pencuci Muka Yang Terdapat Di Pasaran
February 21, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah 4 Jenis Pencuci Muka Yang Terdapat Di Pasaran

Ramai di antara kita yang tidak pasti untuk memilih pencuci muka yang mana sesuai dengan kulit muka. Dengan wujudnya pelbagai jenis pencuci muka, ianya menjadikan kita semakin keliru untuk memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan kita. Oleh itu, Tajria hari ini akan membantu anda dalam memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Ketahui Jenis-jenis Pencuci Muka

Kita mempunyai jenis kulit muka yang berbeza, begitu juga dengan pencuci muka. Ahli dermatologi telah menghasilkan beberapa jenis pencuci muka yang sesuai dengan jenis-jenis kulit muka yang ada. Terdapat beberapa jenis pencuci muka seperti gel cleanser, foam cleanser, cleanser bar dan cream cleanser. 

Pastikan anda mengetahui tahap keberkesanan dan kesesuaian setiap pencuci dengan jenis kulit anda. Ia bagi mengelakkan anda mengalami alahan atau alergi yang teruk pada kulit.

Assorted-brand Makeup Products

Gel cleanser 

Pencuci muka gel ini mempunyai struktur seperti gel dan berwarna jernih. Ianya berfungsi untuk mencuci kulit muka sehingga ke liang roma, membersihkan minyak yang berlebihan di muka dan membunuh bakteria penyebab jerawat. Pencuci muka jenis ini sesuai dengan kulit muka yang berminyak dan kombinasi.

Foam cleanser 

Pencuci muka yang berbuih ini ialah pencuci muka yang mempunyai tekstur seperti gel cleanser dan cream cleanser yang akan menghasilkan buih setelah digosokkan pada tapak tangan atau muka. Ianya sangat sesuai digunakan untuk membersihkan minyak yang berlebihan, membersihkan makeup yang tebal serta sunscreen yang tahan air. Kulit muka berminyak dan kombinasi sesuai untuk menggunakan pencuci muka jenis berbuih ini. 

Cleansing bar

Pencuci muka ini berbentuk sabun buku yang biasa. Ianya bagus untuk membersihkan sisa-sisa makeup tanpa mengeringkan kulit muka dan mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit. Ia juga boleh membersihkan minyak yang berlebihan di muka dan dikenali sebagai deep cleansing. Sabun pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kulit sensitif.

Cream cleanser

Pencuci muka berstruktur krim ini bersifat lembut dan mampu melembapkan kulit muka tanpa mengetatkan pora muka. Tekstur pencuci muka yang berkrim boleh mengurangkan kotoran dan sebum yang berlebihkan di muka serta menghilangkan makeup dengan lembut. Ia ternyata sesuai untuk kulit kering dan kombinasi.    

________________________________________________________________________

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk memilih pencuci muka yang sesuai, anda boleh berjumpa dengan dermatologi dan mendapatkan khidmat kaunseling mengenai kulit anda. 

Walaubagaimanapun, semak dahulu label di belakang produk sebelum membeli. Produk penjagaan kulit yang bagus ialah produk yang tidak menggunakan paraben dan tidak mempunyai pewangi dan pengawet. Selamat mencuba!

Komen