Lina Rosli Diterbitkan 9 February 2020

Bagaimanakah Cara Menggunakan 3D Pen? 

Bagaimanakah Cara Menggunakan 3D Pen? 

3D Pen merupakan sebuah pen yang digunakan untuk membuat seni atau reka bentuk tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai 3D. 3D Pen sangat seronok apabila digunakan kerana banyak benda yang anda dapat lakukan dengan menggunakan 3D Pen. Bahan yang digunakan untuk bagi cetakan 3D ialah filamen. Filamen pula adalah bahan asas yang diperbuat daripada plastik yang berbentuk benang.

  • Badan pen: bahagian badan pen yang menampung filament atau 3D printer
  • Power Indicator & Heating Indicator: indikator elektrik dan pemanasan filament
  • Nozzle Pen: muncung pen yang mengeluarkan dan mencetak filament yang panas, untuk dibentuk.
  • Speed Controller: pengatur kecepatan filament yang keluar dari nozzle.
  • Temperature Controller: pengatur suhu filament yang keluar dari nozzle, sehingga anda boleh memilih (fast dry) atau (slow dry).
  • Port Elektrik: bahagian kabel elektrik yang menghubungkan pen ke (USB port atau conventional port).
  • Filamen: bahan asas 3D printing. Biasanya, filament diperbuat daripada plastik dengan benang dan memanjang.

Cara Memasang Filamen

Untuk memasang filamen, masukkan filamen daripada lubang lubang filamen pada 3D pen secara perlahan. Kemudian, tekan butang load filament. Jangan dimasukkan secara paksa. Hal ini dilakukan bagi mendapatkan hasil filament yang baik dan cantik.

Lakukan cubaan filament setelah masuk ke body 3D Pen dengan mengatur speed controller. Tarik ke belakang untuk menambah kecepatan, dan tolong ke depan untuk mengurangkan kecepatan.

Apabila filament keluar dengan lancar, maka anda dapat memulakan 3D Printing. Apabila hasilnya kurang memuaskan, maka anda perlu mengulang cara pemasangan filament.

Lakar Pelan Binaan Lukisan 3D

Setiap binaan 3 dimensi pasti memiliki asas dua dimensi yang kuat. Jangan melakukan 3D printing tanpa membuat rangka 2 dimensi di bawah.

Pelan 3 dimensi secara terapung di udara akan merosak filament yang keluar dari nozzle pen.

Mengatur Suhu Filamen

Lakukan pengaturan suhu filament dengan screwdriver pada temperature controller. Caranya dengan memutar mengikut arah jam untuk menambah suhu, dan memutar melawan arah jam untuk mengurangkan suhu.