Min Ahmad Diterbitkan 10 February 2020

Kenali Jenis Seluar Jeans yang Padan dengan Anda

Kenali Jenis Seluar Jeans yang Padan dengan Anda

 

Seluar jeans adalah pakaian yang versetile. Ia mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian yang lain dan boleh dipakai untuk pelbagai acara. Ia hadir dalam pelbagai potongan dan mari kenali jenis potongan seluar jeans yang padan dengan saiz dan bentuk badan anda.

Rise

Sebelum membeli jeans, kenal pasti rise jeans manakah yang paling anda selesa pakai dan paling padan dengan badan anda. 

Rise bermaksud  di manakah kedudukan jeans di pinggang anda. Ada tiga jenis rise yang untuk seluar jeans, iaitu:

Low rise kedudukan pinggang low rise jeans akan berada dua hingga tiga inci, ataupun jauh lebih rendah di bawah pusat. Pemakai jeans low rise akan kelihatan lebih cool dan ia sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai perut kempis. 

Mid risepinggang jeans mid rise selalunya berada sekitar atau sedikit ke bawah pusat dan ini ialah potongan yang paling biasa dijumpai untuk kebanyakan jenis seluar jeans, menjadikan jeans yang dipakai terasa selesa. 

High rise pinggang seluar jeans high rise akan berada tinggi di atas paras pusat dan akan menutupi keseluruhan perut. Potongan ini menjadikan kaki anda kelihatan panjang, bahagian perut tampil lebih ramping dan sesuai untuk mereka yang tinggi ataupun curvy.

 

Stail Jeans Berdasarkan Ketinggian dan Saiz Badan

Ada pelbagai jenis stail jeans di pasaran namun bukan semua potongan sesuai untuk anda. Berikut adalah antara stail jeans yang sesuai dipakai berdasarkan ketinggian dan saiz badan pemakainya:

Petite dan Rendah

Sumber: dailymail.co.uk

Wanita yang petite dan rendah, tidak kira sama ada ramping ataupun curvy, disaran untuk menggayakan mid atau high rise jeans untuk impak kaki yang lebih panjang.

Sekiranya anda berbadan petite dan curvy, higher mid rise jeans adalah lebih sesuai untuk anda kerana ia mampu tuck in perut anda yang membuatkannya lebih ramping dan ini sekaligus memberikan bentuk pinggang kepada badan anda. Ia mampu mengelakkan masalah muffin top sekiranya anda menggunakan mid atau low rise jeans.

Bagi yang berbadan petite dan langsing pula, mid rise jeans adalah untuk anda.

Elakkan jeans yang longgar, kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan lebih rendah. Sebaiknya straight leg, slim fit, atau bootleg jeans dalam warna yang gelap adalah lebih sesuai untuk anda tampil lebih tinggi. Jeans straight leg, slim fit, atau bootleg dengan warna cerah pula memberikan impak pinggul dan peha yang lebih montok dan ini lebih sesuai untuk anda yang petite dan kurus yang ingin tampil dengan potongan badan. 

 

Tinggi dan Langsing

Bagi anda yang mempunyai badan yang tinggi dan langsing, anda boleh menggayakan flares dan wide leg jeans. Rekaan jeans yang melebar di bawah adalah sesuai untuk mereka yang tinggi. Relaxed fit jeans yang merupakan hibrid di antara straight leg dan bootcut juga antara pilihan lain yang boleh anda pertimbangkan. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, low rise jeans adalah pilihan yang sesuai, selain mid rise jeans untuk hari-hari biasa.

 

Tinggi dan Curvy

Sumber: popsugar.com.au

Buat anda yang tinggi dengan potongan badan yang curvy,  pilihlah high atau mid rise jeans untuk menutupi kawasan abdomen atau pinggul anda agar tampil kemas. Bootcut jeans dengan bukaan di hujung kaki yang sedikit besar, namun tidak sebesar flares atau wide leg jeans adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

Anda juga perlu mengelakkan jeans yang baggy. Skinny jeans dengan material yang selesa dan stretchable sesuai digayakan kerana rekaannya yang mendakap tubuh dan menyerlah potongan badan.

Selain itu, anda juga boleh menggayakan jeans anda dengan melipat hem di bahagian kaki. Kaedah ini dinamakan sebagai cuffed dan sesuai untuk gaya santai.

 

Stail Jeans Berdasarkan Bentuk Badan

Selain faktor ketinggian, bentuk badan juga memainkan peranan dalam pemilihan jeans. Berikut adalah cadangan pemilihan jeans berdasarkan bentuk tubuh badan anda:

Apple Shape

Sekiranya anda mempunyai apple shape, anda mempunyai bahu yang lebar, tangan dan kaki yang langsing serta mempunyai perut dan punggung yang ketara. Seperti pear shape, anda juga dapat memanafaatkan high rise jeans untuk potongan badan anda. Ini membuatkan perut dan punggung kelihatan tuck in dan kemas serta memberikan impak kaki yang panjang.

 

Hourglass Shape

Sumber:  fountainof30.com

Anda yang mempunyai hourglass shape adalah sangat beruntung kerana anda boleh menggayakan pelbagai jenis stail jeans tanpa sebarang masalah. Namun begitu, slim fit atau straight cut  jeans adalah pilihan terbaik yang mampu menyerlahkan potongan badan anda. Walaubagaimanapun, elakkan memilih flared jeans kerana terlalu banyak curves anda membuatkan anda kelihatan ‘berat’.

 

Inverted Triangle Shape

Inverted triangle shape bermakna anda mempunyai bahu yang lebar, dada yang bidang namun pinggang pinggul dan peha yang kecil. Anda sesuai menggayakan boyfriend cut jeans kerana potongannya memberikan volume kepada bahagian bawah badan. Anda juga boleh menggayakan low rise jeans yang memberikan impak pinggang yang lebih lebar. Bergantung kepada ketinggian anda, anda boleh menggayakanskinny, straight leg, bootcut atau flared jeans.

 

Pear Shape 

Sumber: denimblog.com

Wanita yang mempunyai pear shape selalunya mempunyai pinggul dan peha yang besar dengan bukaan bahu dan dada yang kecil. Oleh yang sedemikian, jeans mid rise adalah lebih sesuai untuk memberikan coverage untuk bahagian punggung.

Sekiranya anda gemarkan jeans yang selesa, boyfriend jeans adalah pilihan sesuai untuk anda. Manakala bootcut dan flared jeans adalah pilihan lain yang boleh dipertimbangkan untuk menyerlahkan bentuk tubuh anda.