Semua orang mahukan bentuk badan yang ideal, tetapi tidak semua orang tahu bagaimana cara untuk mendapatkan berat ideal dengan betul. Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan. Ia bukan sahaja membantu anda dalam mendapatkan berat yang diimpikan, malah ia boleh membantu anda mencegah dan mengawal pelbagai jenis penyakit dan keadaan. 

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, anda berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan yang serius, termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah pernafasan dan lain-lain. 

person standing on white digital bathroom scale

Apakah cara terbaik untuk menurunkan berat badan berlebihan? Jadi, kali ini Tajria akan kongsikan tips mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Mengamalkan Diet Makanan Yang Seimbang

Pemilihan makanan adalah sangat penting untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Makanan yang dimakan perlu diambil berdasarkan piramid makanan. Ia mestilah diambil mengikut kuantiti dan jenis kumpulan makanan yang betul. Antara jenis kumpulan makanan dalam piramid adalah lemak, garam, serat, protein dan karbohidrat. 

Contoh menu yang sesuai sewaktu diet ialah:

Pagi: 

  • Air kosong / air mineral
  • Bijirin/oat
  • Buah-buahan
  • Salad

Pastikan anda mengambil sarapan pagi sebagai alas perut. Hal ini kerana, perut akan kosong setelah semalaman tidur dan tidak makan. Bukan itu sahaja, sarapan pagi juga membantu anda dalam melaksanakan aktiviti harian dengan lebih efisien dan prodktif.

Tengah hari: 

  • Nasi putih (2-3 senduk)
  • Lauk (mengikut selera anda tetapi pastikan lauk itu tidak menggunakan minyak, lemak, garam atau gula yang banyak)
  • Air kosong atau air mineral
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai pencuci mulut

Bagi menggantikan gula dalam badan, anda boleh mengambil buah-buahan sebagai pengganti. Anda boleh menjadikannya sama ada jus buah-buahan atau smoothies yang boleh menghilangkan dahaga ketika waktu panas.

Malam: 

  • Oat (tidak kira sama ada dalam bentuk biskut, air, atau lain menu yang anda cipta sendiri menggunakan oat)
  • Air kosong dan mineral

Pastikan anda meminum banyak air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana ia bagi mengekalkan kehidratan. Air yang mencukupi juga membantu dalam proses pencernaan selain menjadikan anda lebih sihat dan awet muda.

Elakkan Makan Lewat Malam

Makan pada lewat malam juga boleh menyebabkan berat badan naik secara mendadak. Hal ini disebabkan oleh badan tidak dapat memproses makanan secara efektif. Oleh itu, pastikan anda makan sebelum pukul 8.00 malam. Jika anda lapar, anda boleh minum air teh hijau, salad ataupun buah-buahan.

Minum Teh hijau

Teh hijau atau green tea sememangnya popular dalam kalangan individu yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Ia bukan sahaja membantu anda yang ingin menurunkan berat badan, malah ia turut membantu mengisi perut yang lapar. Selain itu, teh hijau juga boleh mengurangkan masalah GERD dan juga kembung perut. Antara manfaat teh hijau yang lain termasuk membakar kalori dan mengurangkan paras gula dalam badan.

Lakukan Senaman Secara Konsisten

Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk membina otot untuk badan. Senaman kardio sangat efektif dalam membantu untuk anda mendapatkan berat badan yang ideal. Selain mengawal cara pemakanan, aktiviti seperti berlari, mengayuh basikal, berenang dan skipping juga membantu memberikan bentuk badan yang anda impikan. Lakukan senaman minimum selam 20 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Untuk hasil yang lebih baik, anda boleh menambah masa dan hari senaman yang anda inginkan. Tetapi ingat, elakkan daripada melakukan senaman secara kasar dan memaksa.

________________________________________________________________________

Berikut adalah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan berat badan yang ideal selain mengekalkan paras kesihatan yang baik. Kelima-lima langkah ini dapat membantu anda mengurangkan risiko penyakit berbahaya dan memberi anda lebih banyak tenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Jadi, itu sahaja untuk topik hari ini. Saya harap anda boleh menurunkan berat badan ke paras ideal melalui tips yang diberikan ini. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

766 artikel di Tajria.