Carian
Resepi Bebola Ikan – Kini Tidak Lagi Perlu Beli Di Kedai Atau Pasaraya
February 21, 2020 Lina Rosli

Resepi Bebola Ikan – Kini Tidak Lagi Perlu Beli Di Kedai Atau Pasaraya

Tahukah anda bahawa bebola ikan mengandungi beberapa manfaat pemakanan, seperti penyediaan sumber vitamin dan mineral yang penting? Badan anda memerlukan vitamin dan mineral untuk menjalankan fungsi metabolik penting untuk kesihatan yang optimum, yang mana bebola ikan membantu anda dalam mendapatkan segala nutrisi yang diperlukan.

Untuk menu kali ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda cara menyediakan bebola ikan yang sangat memikat hati keluarga, lebih-lebih lagi anak anda. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan bebola ikan yang boleh anda ikuti.

Bahan-bahan

  • 500g ikan selar kuning
  • 100g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto atau penambah perasa (mengikut citarasa)

Cara-cara 

1. Buang tulang ikan selar kuning dan ambil isinya sahaja. 

2. Kisar isi ikan selar kuning tanpa menambah atau meletakkan air di dalam mesin pengisar dan asingkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas yang bersih. 

3. Tambahkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang berisi kisaran isi ikan selar kuning tersebut. Pastikan bebola tersebut tidak terlalu rapuh atau terlalu keras.

4. Setelah adunan diadun rapi dan rata, gumpal adunan tadi menjadi bulat seperti bebola dan bebola ikan anda sudah siap! Anda boleh rebus atau goreng bebola tersebut bergantung kepada minat anasa.

Cadangan hidangan : Rebus bebola ikan tersebut ke dalam sup sayuran sehingga bebola ikan tersebut kenyal. Selamat mencuba!

Tips tambahan

Untuk mengelakkan bebola ikan tersebut pecah semasa masak, tepung jagung ialah satu bahan yang boleh membuatkan bebola ikan anda terbentuk dengan cantik. 

Komen