Kafe ini terletak di tengah-tengah kota bandaraya Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan Petaling Street berdekatan dengan restoran Ali, Muthu & Ah Hock. Ia terletak di bahagian atas kedai alat tulis, yang mana kafe ini boleh dikatakan agak tersorok dan sukar untuk dilihat dari luar.

Merchant’s Lane Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan dan menu menarik selain membawakan suasana kafe yang tenang bagi anda yang ingin mendapatkan relaksasi selepas sentiasa sibuk dengan kesesakan bandaraya. Menarik mengenai kafe ini adalah ia membawakan rekaan dan susun atur vintage dan menampilkan berbagai jenis hiasan dalaman seperti perabot rotan yang yang disediakan di setiap ruang makan yang berbeza, lantai kayu dipasangkan dengan permaidani vintaj serta tumbuhan pasu yang membawakan imej ala-ala rimba.

 

Untuk pengetahuan anda, kafe tersembunyi ini juga merupakan tempat hangout atau tempat lepak yang popular di kalangan pemuda dan para peminat kopi di sekitar Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan Asia yang telah diberi sentuhan barat seperti Italian chow mein (RM20), Pesto Kari Hijau (RM20), dan South China Sea (RM25) dan macam-macam lagi. Bagi anda yang menggemari variasi pencuci mulut, anda boleh mencuba Better Than Sex (RM16) yang menyediakan roti jala pandan bersama keju cair dan gula melaka yang sungguh memikat selera.

Bagi seleksi minuman pula, julat harga minuman di kafe ini adalah sekitar RM15. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis kopi termasuk Iced Latte, Iced Mocha, Picollo Latte dan macam-macam lagi. Selain itu, anda boleh mencuba minuman unik yang disediakan iaitu Rose Honey Milk (RM12) yang mana ia adalah minuman susu manis madu yang dihiasi dengan kelopak mawar yang halus.

Bagi anda yang ingin melawati kafe ini, anda boleh berkunjung ke:

Merchant's Lane Kuala Lumpur

  • Alamat: 50, Jalan Petaling, Kuala Lumpur
  • No Telefon: +603 2022 1736
  • Waktu Operasi: 10.30 pagi - 8.00 malam (Isnin hingga Jumaat) , 9.30 pagi - 8.00 malam (Sabtu dan Ahad)

 

Lihat profil
Lina Rosli

792 artikel di Tajria.