Biskut, Mengenyangkan Atau Menggemukkan?
Biskut merupakan salah satu makanan yang ringan yang tergolong dalam kumpulan makanan jenis karbohidrat. Dengan mengambil sekeping biskut sahaja, badan anda sudah mendapat sedikit nutrisi karbohidrat yang disediakan.
Seperti yang ramai sedia maklum, ramai yang ingin melakukan diet dengan tidak mengambil nasi ataupun makan nasi dalam jumlah yang sangat sikit untuk makan malam bagi mengelakkan berat badan meningkat. Mereka lebih memilih untuk mengambil biskut sebagai pengganti nasi. Namun, adakah mereka sedar bahawa biskut sebenarnya mempunyai kalori yang lebih tinggi daripada nasi jika tidak diambil mengikut saiz hidangan yang disarankan.
Berapakah saiz hidangan untuk biskut?
Bagi setiap jenis biskut, jumlah kalori yang ada dalam biskut berbeza mengikut bahan masing-masing. Satu paket biskut gandum biasa yang mempunyai dua keping biskut, ianya mengandungi 100 kcal. Sekiranya anda mengambil biskut oat atau bijan, jumlah kalori yang ada dalam biskut tersebut adalah kurang sedikit berbanding biskut gandum, iaitu 45 hingga 87 kcal mengikut saiz hidangan.
Badan manusia hanya memerlukan kira-kira 1200 kcal setiap hari. Andai kata anda melangkau nasi untuk makan malam dan mengambil 6 keping biskut, anda sebenarnya telah melakukan satu kesilapan yang besar. Segenggam nasi ataupun separuh pinggan nasi bersamaan dengan 170 kcal, dan 6 keping biskut bersamaan dengan 261 kcal (bagi saiz hidangan 87 kcal x 2 keping biskut). Sudah tentu nasi yang segenggam itu mempunyai jumlah kalori yang sedikit namun mengenyangkan berbanding 6 keping biskut yang tidak mengenyangkan.
Berfikirlah dengan bijak
Untuk diet, elakkan pengambilan biskut lebih daripada 2 keping pada waktu malam. Sekiranya anda benar-benar lapar, lebih baik anda mengambil nasi semasa makan malam berbanding anda mengambil jumlah biskut yang besar kalorinya.
Untuk amalan yang lebih baik dan efisien, anda digalakkan untuk mengambil makan makan 4 jam sebelum waktu tidur supaya proses penghadaman dapat dilakukan sekaligus meningkatkan tahap metabolisma anda secara baik dan produktif.