Carian
JIMMYSCARVES – Menampilkan Rekaan Tudung Muslimah Untuk Wanita Muslim Moden
February 26, 2020 Lina Rosli

JIMMYSCARVES – Menampilkan Rekaan Tudung Muslimah Untuk Wanita Muslim Moden

Di Malaysia, industri fesyen muslimah boleh dikatakan sedang membangun dan berkembang. Kebangkitan industri fesyen muslimah ini adalah disebabkan pengaruh daripada blogger fesyen dan model yang membantu mempromosikan fesyen muslimah itu sendiri.

Terdapat banyak jenama fesyen muslimah yang sudah mula menempa nama di persada dunia seperti Jovian, Naelofar Hijab, Duckscarves, UMMA, Zalia, Ariani dan banyak lagi. Setiap jenama ini membawakan pelbagai jenis dan rekaan untuk busana pakaian, tudung dan selendang, aksesori muslimah dan lain-lain. 

Barisan utama arus perdana dan juga jenama premium ini menyumbang kepada pertumbuhan industri fesyen muslimah. Malah menurut laporan oleh DinarStandard dan Reuters pada tahun 2018, wanita muslimah membelanjakan kira-kira $270 bilion pada fesyen muslimah minimalis pada 2017, berbanding dengan $243 bilion pada tahun 2015 dan penjualan dijangka mencapai $361 bilion menjelang 2023.

Menyedari trend yang semakin meningkat ini, Azim Mat Noor, atau dikenali sebagai Jimmy telah mengasaskan JIMMYSCARVES pada tahun 2017. Jenama ini membawakan rekaan hijab yang unik selain menawarkan signature awning untuk siri tudung instant. Pada awalnya, JIMMYSCARVES bergerak aktif melalui platform media sosial iaitu akaun Instagram. Sebelum ini, ia membawakan koleksi tudung labuh terlebih dahulu sebelum memperluaskan rangkaian produk mereka kepada aksesori tudung seperti twillies, kerongsang dan inner kepala.

Bercakap mengenai hijab, tudung atau selendang digunakan sebagai kain oleh wanita Muslim untuk menutup rambut mereka. Walau bagaimanapun, ia kini berkembang menjadi satu revolusi fesyen dengan pelbagai gaya, cetakan dan jenis kain. Kini, ia tidak lagi terhad dalam gaya yang sama sahaja. Pengguna turut boleh membuat pilihan untuk memilih gaya atau jenis hijab kegemaran mereka. 

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mendapatkan tutorial cara pemakaian menerusi carian mudah di Instagram menerusi kata tagar #hijabfashion dan #hijabstyle di platform berkenaan.

Komen