Trevo – Pasaran Serenti Untuk Platform Perkongsian Kereta
Trevo merupakan aplikasi pasaran serenti perkongsian kereta yang dilancarkan oleh SOCAR Malaysia. Ia merupakan platform untuk individu yang membolehkan pemandu (guest) untuk melakukan tempahan mana-mana kereta yang memenuhi ciri dan kehendak daripada pemilik kereta (host) daripada komuniti Trevo.

Di Malaysia, kebanyakan individu tempatan sangat gemar untuk mencuba konsep baru seperti model pemilikan kereta baru yang membolehkan pemandu mengakses kereta hanya apabila diperlukan dan bukannya melakukan pemilikan penuh. Seterusnya, ia juga membantu pemilik kereta sedia ada untuk menjana pendapatan menerusi peminjaman kereta yang tidak diperlukan dan tidak hanya menyimpannya di rumah.

Untuk menggunakan aplikasi Trevo, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu untuk terus berlayar pada platform berkenaan. Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan Trevo:
- Mendaftar akaun. Masukkan emel dan kata laluan yang bersesuaian.
- Seterusnya, ambil gambar swafoto bersama kad pengenalan atau pasport. Pastikan muka anda kelihatan jelas dan kesemua maklumat adalah benar.
- Anda juga perlu menangkap gambar bersama lesen memandu dan pastikan maklumat yang dipersembahkan adalah lengkap.
- Setelah selesai, anda boleh mula melakukan tempahan untuk mendapatkan perkongsian kereta.
Bukan itu sahaja, di Trevo juga Guest boleh menempah kereta pada harga serendah RM55 sehari untuk Perodua Myvi. Selain itu, anda juga boleh merasai pengalaman baru memandu kereta mewah seperti Rolls Royce atau anda boleh memilih kenderaan dari jenis kereta kompak, hatchbacks, sedan, SUV dan pacuan empat roda.
Bagi yang berminat, anda boleh mula memuat turun aplikasi Trevo di Apps Store dan juga Google Play Store bermula hari ini.