5 Cara Untuk Memastikan Sofa Anda Kelihatan Baru Sepanjang Masa
Untuk memastikan perabot dan sofa di rumah anda kelihatan baru memerlukan penjagaan yang lebih intensif dan teliti. Hal ini kerana, penjagaan sofa yang baik dapat memberikan kesan jangka masa lama untuk hayat penggunaan perabot tersebut.
Sebelum itu, untuk mengetahui sama ada perabot itu masih elok untuk digunakan adalah dengan cara mengenal pasti keadaan sofa tersebut. Anda perlu menggantikan sofa atau mana-mana perabot di rumah apabila fungsi utamanya telah rosak. Sebagai contoh, jika kusyen pada sofa anda telah terkeluar akan kapasnya, spring pada tempat duduk sudah mula keras atau fabrik pada kerusi telah pudar dan koyak. Biasanya, jangka hayat kebanyak sofa adalah sekitar 7 hingga 15 tahun.
Bagi rumah yang masih mempunyai sofa yang baru, anda boleh mencuba tips ini bagi mengekalkan bentuk dan fungsi sofa supaya boleh digunakan lebih lama. Berikut adalah beberapa cara bagi memastikan sofa anda kelihatan baru sepanjang masa:
Elakkan Makan Atau Minum Di Atas Sofa
Jika anda makan atau minum di atas sofa, ia akan meningkatkan risiko tertumpah atau terkena kotoran pada fabrik sofa. Hal ini kerana, fabrik pada sofa adalah sukar untuk ditanggalkan yang mana ia menjadikannya susah untuk dibersihkan apabila terdapat kotoran padanya. Bukan itu sahaja, kotoran pada
Tidak Meletakkan Sofa Secara Terus Di Bawah Cahaya Matahari
Apabila anda meletakkan sofa anda di bawah sinar matahari, ia akan mempercepatkan proses pelunturan dan pemudaran selain kehilangan sifat semula jadinya. Di samping itu, haba dari radiator, paip, dan pendiangan boleh menyebabkan pelapik pada kerusi menjadi kering dan melengkung. Pastikan anda menempatkan sofa di ruang yang bersesuaian, seperti di tempat yang tidak mempunyai cahaya matahari yang terlalu banyak dan jauh dari sumber haba serta pastikan ruang bilik anda juga tidak terlalu lembab bagi mengelakkan daripada berkulat.
Membersihkan Sofa Dengan Kerap
Pastikan anda tidak menangguhkan pembersihan sofa terlalu lama kerana ia akan merosakkan pelapik pada sofa tersebut. Tahukah anda, apabila anda duduk, berat badan akan menolak habuk ke dalam bahagian serat sofa. Jika hal ini berlarutan untuk tempoh yang panjang, habuk dan debu bertindak seperti kasar, memotong dan mengikis pelapik sehingga menyebabkan bahan tersebut haus lebih cepat. Oleh itu, setiap kali anda melakukan pembersihan rumah, anda juga boleh terus membersihkan sofa anda.
Mengempuk Kusyen Supaya Tidak Penyek
Di samping rejim pembersihan sofa yang tetap, mengempuk kusyen juga adalah penting dalam mengekalkan bentuk semulajadi kusyen. Anda boleh melakukannnya sekurang-kurangnya selepas tempoh penggunaan yang lama iaitu sekitar 2-3 hari sekali atau setiap kali sebelum masuk tidur. Ini adalah perkara penting jika sofa anda diisi dengan bulu, serat, atau gabungan kedua-duanya, kerana ia tidak mempunyai daya tahan yang sama seperti buih dan tidak akan kembali ke bentuk asalnya. Elakkan daripada baring pada tempoh masa yang lama di atas sofa. Hal ini akan mengakibatkan kondisi sofa rosak selain kusyen juga menjadi lembik.
Menggunakan Aksesori Tambahan Sebagai Perlindungan
Melindungi bentuk kusyen anda juga membantu mengekalkan alas tambahan dapat membantu mengurangkan kotoran terus pada pelapik asal sofa. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan anda untuk menanggalkannya sewaktu ingin membersihkan atau membasuh alas tersebut. Untuk sofa yang lebih premium, anda dinasihatkan untuk menggunakan khidmat pakar untuk membersihkannya. Ia dikhuatiri akan memudaratkan kondisi sofa jika tidak mengikut arahan yang sebetulnya.
________________________________________________________________________
Menguruskan perabot seperti sofa atau kerusi tidak seharusnya menjadi satu tugas yang rumit. Hal ini kerana, ia hanya memerlukan anda untuk menjadikan penjagaan sofa sebagai satu tabiat dalam aktiviti harian. Di harap, dengan perkongsian di atas ia dapat membantu anda memastikan kerusi anda sentiasa kelihatan baru dan berada di dalam keadaan baik untuk jangka masa yang lama. Selamat mencuba!