Tips Perjalanan – 4 Panduan Untuk Tiba Ke Tempat Kerja Lebih Pantas Menerusi Google Maps
Tidak dinafikan bahawa aplikasi peta seperti Google Maps, Waze, Maps.me memainkan peranan yang penting dalam membantu individu untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju. Ia sedikit sebanyak telah mengubah cara individu untuk merancang perjalanan dari titik A ke titik B sekaligus menggantikan peta kertas untuk melihat keberadaan sesuatu kawasan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan menggunakan aplikasi berkenaan untuk tiba lebih pantas di destinasi tertentu. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda cuba untuk sampai secepat mungkin ke titik terakhir perjalanan anda.
Semak laluan alternatif
Google Maps hadir dengan fungsi yang mana ia akan memberi anda anggaran masa dan jarak perjalanan untuk tiba ke destinasi. Namun, kadangkala apabila anda sudah bergerak atau telah memulakan perjalanan, trafik menjadi semakin sesak dan anggaran masa juga sudah bertambah. Oleh itu, jika berlaku perkara seperti itu, anda disarankan untuk mengemaskini semula lalu anda. Aplikasi ini akan mempamerkan kepada anda laluan alternatif dengan butiran anggaran masa tiba (ETA) yang sama, lebih pantas atau lebih perlahan.
Untuk menukar laluan anda, anda boleh memilih untuk ‘Exit’ dan mengakses laluan alternatif menerusi paparan utama pada aplikasi Google Maps. Menerusinya, anda boleh mengenalpasti laluan dengan pilihan jarak, anggaran trafik dan masa perjalanan yang paling bersesuaian untuk tiba di destinasi.
Tetapkan laluan secara manual
Sekiranya aktiviti anda memerlukan anda untuk memandu pada jarak yang jauh selain memandu secara berkali, anda mungkin mengetahui beberapa kawasan setempat lebih baik daripada Google Maps sama ada dari struktur jalan, segi persimpangan dan lain-lain.
Oleh itu, Google Maps turut hadir dengan fungsi yang boleh menetapkan laluan perjalanan mengikut kehendak anda seperti menghindari plaza tol atau laluan motor. Dengan ini, peta tersebut akan ditetapkan mengikut pilihan laluan tertentu dan tidak bergantung kepada algoritma awal aplikasi.
Aktifkan fungsi lalu lintas masa nyata
Google Maps akan mengambil kira keadaan lalu lintas apabila anda memilih sesuatu laluan dan mengemaskini semula butiran laluan tersebut dalam masa nyata. Dalam erti kata lain, ia dapat membantu anda melihat perbezaan antara laluan dengan sedikit kesesakan atau sebaliknya
Untuk mengaktifkannya, anda boleh klik butang lapisan ke bahagian atas sebelah kanan (dua kotak di atas satu sama lain) atau pergi ke tetapan dan pilih ‘Show traffic on map’.
Tambah hentian tambahan
Menambah halangan tambahan sepanjang laluan anda di Peta Google dapat mempercepat perjalanan anda dalam beberapa cara:
- Pertama, ia membantu anda merencanakan perjalanan rumit lebih awal dari waktu, tanpa harus berhenti untuk memasukkan destinasi yang baru.
- Kedua, ia dapat membantu anda menghindari rerouting secara automatik apabila anda singgah di tempat lain.
Dalam aplikasi Google Maps untuk peranti mudah alih, anda boleh menambah laluan dengan klik butang menu (tiga titik) kemudian tambah hentian (Add stop), dan anda boleh bergerak terus ke destinasi tambahan. Anda boleh menambah sehingga sembilan destinasi tambahan menerusi destinasi awal anda.
________________________________________________________________________
Penggunaan aplikasi peta atau Google Maps sememangnya membantu anda merancang perjalanan dengan lebih baik. Malah terdapat fungsi lain seperti ‘Remind you to leave on time’ atau dengan pelbagai anggaran perjalanan untuk variasi pilihan pengangkutan yang sedikit sebanyak memudahkan anda untuk tiba ke destinasi yang sepatutnya. Di harap dengan perkongsian dari Tajria hari ini dapat membantu menjadikan perjalanan anda lebih efektif dan efisien. Selamat mencuba!