Croissant Dan Kopi – Rasai Pengalaman Baru Di Croisserie
Jika anda berada di sekitar kawasan Damansara atau Kuala Lumpur, mungkin anda boleh singgah sebentar di bakeri artisan yang dinamakan Croisserie untuk merasai pelbagai jenis viennoiseries dan pastri yang menyelerakan. Bakeri ini mempunyai beberapa cawangan yang terletak di Jalan Medan Setia 2 di Bukit Damansara, Atria Shopping Gallery di Damansara Jaya dan KL Citywalk di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Croisserie menyajikan pelbagai pilihan juadah seperti roti dan pastri dengan gaya Eropah seperti pain du monde, viennoiseries (croissants, pain au chocolat, brioche, dll), goûters, petit gâteaux (kek dan pencuci mulut), tartes dan délices (pai dan scone). Menurut Chef Kenj iaitu chef utama Croisserie, kesemua ramuan roti dan pastri menggunakan tepung stoneground berkualiti yang diimport. Manakala untuk Viennoiseries dan pastri pula menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti mentega dan krim Perancis, susu dan telur tanpa sebarang bahan tambahan. Dengan ini, pelanggan boleh menikmati kesemua hidangan pastri yang disediakan segar setiap hari.

Antara menu yang boleh anda cuba termasuk Signature French Croissant (RM4) yang diperbuat menggunakan mentega Perancis dan tepung Jepun (Japanese flour). Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba hidangan lain seperti Blueberry Danish (RM5.50), Kouignamann (RM3) dan variasi kek sekitar harga RM16. Untuk hidangan minuman pula, anda boleh mendapatkan Iced Caffe Latte dan Iced Cappucino pada harga RM15 sementara Homemade Hot Chocolate pada harga RM12.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke bakeri artisan ini, anda boleh layari laman web rasmi Croisserie atau dapatkan sebarang informasi lain melalui laman media sosial Facebook dan Instagram Croisserie.
Croisserie Artisan Bakery
- Alamat: No 14, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara
- No Telefon: 03 2011 3727
- Waktu Operasi: 8.00 pagi sehingga 8.00 malam