Mari ‘Melompat’ Ke Malaysia Tanpa Sempadan Bersempena Tahun Lompat 2020

Dua bulan telah berlalu untuk tahun 2020 ini. Namun, pelbagai jatuh dan bangun telah kita rasai sepanjang tempoh yang terdekat ini. Walau bagaimanapun, saya pasti masih banyak lagi perkara yang boleh kita harus pelajari untuk kita terus mara dalam mencipta memori yang terindah untuk tahun ini.

Bercakap mengenai memori indah, Agoda bulan ini hadir dengan pelbagai pilihan percutian yang sangat menarik dan mempersonakan. Bersempena tahun lompat ini, individu digalakkan untuk mencuba pengalaman baru yang masih belum puas diterokai. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai pengalaman ‘melompat’ yang menarik bersama Agoda.

Melompat dari satu negeri ke satu negeri yang lain

Bagi anda yang gemar melancong bersama-sama kenderaan, anda boleh mula merancang destinasi-destinasi menarik di 13 buah negeri di dalam Malaysia. Anda boleh menjelajahi kawasan dengan kepelbagaian budaya dan nuansa yang terdapat di setiap pelosok negeri. 

Anda boleh memulakan perjalanan anda dengan melawat ke bandaraya yang penuh bersejarah iaitu Negeri Melaka. Seperti yang anda tahu, Melaka adalah salah satu tempat yang sering menjadi tarikan pelancong dari segi penawaran tempat menyeronokkan dan ratusan makanan tradisional yang menarik.

Selain Melaka, anda juga boleh menjelajahi pelbagai negeri lain termasuk Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

Melompat kegembiraan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan

Gandingkan suasana romantik dengan keterujaan untuk sambutan ulang tahun bersama pasangan dengan mencipta memori yang sukar dilupakan seumur hidup. Jika anda sedang mencari lokasi yang sempurna untuk melamar gadis idaman anda, pertimbangkan Heli Lounge Bar, yang terletak di aras 34, Menara KH di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Lamarilah si dia di sini dengan berlatarbelakangkan pemandangan 360-darjah yang indah umpama di atas awan,

Setelah lamaran diterima, raikan detik gembira ini di Kuala Lumpur Journal Hotel, yang direka dengan sentuhan retro moden di Bukit Bintang, sebuah hab hiburan malam yang popular di Kuala Lumpur. Bersantailah di The Swimming Club, yang dilengkapi dengan kolam renang infiniti dan bar yang diinspirasikan oleh nilai-nilai estetik Wes Andersen.

Melompat keluar dari kesibukan kota

Setelah beberapa bulan anda melayari kehidupan yang penuh liku-liku di bandar, pastinya anda memerlukan ruang dan masa untuk mengecas semula diri untuk kekal aktif dan bertenaga. Oleh itu, pada tahun lompat ini juga anda boleh merancang untuk melompat keluar dari cengkaman gajet dan kesibukan kota. Tidak kira sama ada anda ingin mendapatkan vacation, staycation atau playcation, objektif akhir anda haruslah untuk mendapatkan ketenangan diri yang sempurna selain merehatkan diri dari rutin harian yang memenatkan.

Dhamma

Antara cadangan tempat percutian yang boleh anda lawati adalah Malihom Private Estate Hotel yang terletak jauh dari kesibukan kota Pulau Pinang. Kawasan peranginan ini sememangnya membawakan keindahan alam semula jadi serta memberikan pengalaman yang mempersonakan. Anda juga boleh mencuba pelbagai penginapan lain seperti Dash Box Hotel, Cyberjaya atau Mangala Resort & Spa di Kuantan, Pahang.

Jala Water Villa - Exterior view

Melompat ke dalam lautan biru

Untuk anda yang menggemari aktiviti air yang menakjubkan, anda mungkin boleh mencuba untuk ‘melompat’ masuk ke dalam keindahan lautan biru di sekitar pulau-pulau di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti menyelam seperti scuba-diving, anda boleh mengembara ke negeri Sabah iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia merupakan antara pulau yang terbaik di dunia yang mana menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti snorkelling dan island hoping. Tempah percutian anda di Hostel Cube Bed Station yang terletak di pusat bandar ini membolehkan anda untuk menikmati kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.

View
images

________________________________________________________________________

Di Malaysia, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda jelajahi sepanjang tahun ini. Bermula dari selatan negeri, anda boleh mendapatkan pelbagai sajian enak seperti kuah lodeh dan rendang di Johor, gulai salai itik di Negeri Sembilan dan banyak lagi. Kemudian, anda boleh menerokai pengalaman baru di Terengganu dan Kelantan yang menyajikan pelbagai seni kraftangan seperti cantingan batik dan sulaman songket.

Jadi, anda boleh mula merancang percutian anda sama ada melancong secara berseorangan atau berkumpulan, luaskan pandangan anda dengan mula menempah penginapan anda bersama Agoda untuk perbandingan harga yang lebih memuaskan. Selamat mencuba!