Adakah Stress Punca Utama Rambut Beruban?
Apabila usia anda sudah mula mendekati awal 30-an, sudah tentu anda perasan akan perubahan yang berlaku kepada diri anda. Sebagai contoh, anda mula mendapati warna rambut sudah tidak lagi hitam, kuku juga menjadi kusam dan tidak berkilat atau pori-pori pada kulit terlihat semakin jelas. Mengapa perkara seperti ini berlaku?
Jawapannya adalah apabila umur anda semakin meningkat, ia akan menjadikan kulit anda kering dan menggelupas secara semulajadi. Manakala untuk pertumbuhan rambut pula, ia akan mula berubah menjadi putih. Penghasilan warna pada rambut adalah disebabkan oleh pigmen yang dipanggil melanin, yang menghasilkan folikel rambut. Folikel pula adalah struktur dalam kulit yang mengeluarkan rambut. Oleh itu, apabila penuaan berlaku folikel membuat kurang melanin, dan ini menyebabkan rambut kehilangan warna asalnya.

Kebanyakan orang mengatakan bahawa stress merupakan punca utama rambut beruban. Namun, adakah ia benar? Menurut pakar dermatologi, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan rambut bertukar putih sekaligus menjadikan mereka tidak bersetuju akan penyataan yang mana stress adalah punca rambut beruban.
Antara faktor lain yang menjadikan rambut kehilangan melanin yang memberikan warna pada rambut iaitu:
- Faktor genertik
- Keadaan imunisasi automatik
- Kekurangan vitamin
- Kulit kepala yang tidak bersih
- Faktor alam sekitar
Menurut LiveStrong Foundation, bagi memperlahankan proses pertumbuhan uban, para wanita boleh mula mendapatkan regimen vitamin seperti Vitamin B12, Vitamin E, Vitamin B9, dan PABA. Vitamin ini berfungsi terhadap kekeringan, yang dikaitkan dengan uban serta meningkatkan kekuatan folikel rambut.
Bukan itu sahaja, asid folik juga dikatakan boleh mencegah rambut beruban dan memulihkan warna rambut dengan mengeluarkan balik melanin dalam kepala. Walaupun tidak ada percubaan klinikal yang rawak yang menyokong penggunaan Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum anda mula mengambil vitamin berikut bagi memastikan ia adalah pilihan yang selamat untuk anda.