Tips Bajet – Jimat Petrol, Jimat Kos
Rata-rata pemandu mempunyai cara dan teknik mereka yang tersendiri dalam memastikan penggunaan bahan api seperti petrol dapat dikurangkan pada kadar paling minimum. Hal ini kerana, ia dapat menjadikan bajet dan kos perbelanjaan bulanan untuk kereta juga menurun.
Namun, terdapat segelintir kaedah penjimatan yang dipraktikkan tidak memberi apa-apa kesan kepada penjimatan penggunaan petrol untuk kereta anda. Jadi sebagai pemandu, apakah langkah yang terbaik yang boleh dilakukan sebagai langkah penghematan dalam pemanduan anda? Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda 7 tips yang mungkin boleh dipraktikkan sewaktu menguruskan kenderaan anda.
Melakukan penyelenggaraan berkala
Penyelenggaran kereta adalah salah satu komponen penting dalam memastikan tahap kesejahteraan kereta anda. Untuk setiap bahagian di dalam kereta, ia mempunyai tempoh khusus untuk mendapatkan servis gantian. Sebagai contoh, transmission fluid harus ditukar setiap 30,000 hingga 60,000 batu sementara spark plug pula diganti selepas 30,000 batu dan timing belt ditukar apabila mencecah 100,000 batu perjalanan.
Menyemak keadaan tayar
Apabila anda memandu dalam keadaan tayar yang kurang angin atau under-inflated ia akan meningkatkan pembakaran bahan api sekitar 3% hingga 5%. Oleh itu, pastikan anda menyemak kondisi angin tayar kereta. Untuk mengetahui sama anda tayar anda tidak mempunyai jumlah udara yang betul di dalam tayar anda, anda mungkin merasakan roda stereng bergetar sewaktu memandu.
Menukar penapis udara kereta
Penapis udara yang kotor akan menyebabkan enjin kereta anda bekerja lebih keras daripada sekaligus menghasilkan ekonomi bahan bakar yang kurang baik. Oleh itu, pastikan anda mengikuti saranan pusat servis kenderaan anda untuk menukar penapis udara secara berkala. Penapis udara bersih membolehkan enjin anda untuk bekerja lebih cekap dan juga membantu anda menjimatkan perbelanjaan petrol.
Mengurangkan beban dan berat di dalam kereta
Menurut Caltex, setiap beban 50kg di dalam kereta akan mengurangkan ekonomi petrol sebanyak 1% hingga 2%. Hal ini kerana, berat tambahan dalam trunk anda memerlukan tenaga dan petrol tambahan untuk memacu kereta anda.
Memastikan kelajuan pada tahap efisien
Elakkan daripada menekan pedal minyak secara mengejut. Mengurangkan kelajuan kenderaan anda hingga kurang 90km/j dapat meningkatkan ekonomi bahan api anda sehingga 20%.
Matikan enjin sewaktu berhenti
Untuk kebanyakan kenderaan baru, anda tidak perlu memanaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Membiarkan enjin anda hidup sewaktu kereta anda tidak bergerak adalah sia-sia. Ia akan membakar bahan api walau meter kelajuan pada paras 0km/j.
Merancang perjalanan
Perkara yang terbaik dalam memastikan penggunaan petrol yang minimum adalah dengan merancang perjalanan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli makanan, seterusnya menghantar anak anda ke tadika dan terus pergi ke kerja, anda boleh mengurus perjalanan anda dengan singgah ke titik perjalanan yang paling pendek dan elakkan daripada berpatah-balik dengan kerap.
________________________________________________________________________
Di harap dengan perkongsian mengenai tips penjimatan petrol dapat membantu anda dalam mengurus pengendalian kenderaan anda sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kos bahan api bulanan anda. Selamat mencuba!
Rujukan: Caltex