Carian
Berapa Lama Jus Buah-Buahan Boleh Di Simpan Di Dalam Peti Sejuk?
March 6, 2020 Lina Rosli

Berapa Lama Jus Buah-Buahan Boleh Di Simpan Di Dalam Peti Sejuk?

Jus buah-buahan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang membantu tubuh badan dalam menyerap nutrien selain meningkatkan daya tahan tubuh secara semula jadi menerusi nutrien baik yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran.

Apabila anda mengambil jus buah-buahan dalam hidangan minuman anda, badan anda boleh mendapatkan akses kepada enzim pencernaan yang biasanya terkunci dalam serat buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebanyakan jus komersial diproses dengan tambahan dan kekurangan nutrisi. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan jus asli buah-buahan bagi anda yang menginginkan kuantiti vitamin, mineral dan phyto-nutrien yang tinggi dan baik.

Tapi, berapa lamakah tempoh ketahanan jus buah-buahan yang boleh di simpan? Adakah ia lebih tahan lama jika di simpan di dalam peti sejuk? Jawapannya adalah jus asli ini sebaik-baiknya perlu diminum dalam masa 20 minit. Seterusnya, jika anda ingin menyimpannya di dalam peti sejuk, ia perlu diminum seelok-elonya sebelum 48 hingga 72 jam setelah dihidangkan atau 3 hari selepas disediakan.

Mengapa jus buah-buahan tidak elok selepas 3 hari?

Jus dengan kandungan 100% buah-buahan adalah lebih cepat basi berbanding jus kotak. Hal ini kerana, jus segar tidak mempunyai kandungan gula yang mencukupi menjadikan kebanyakan individu cenderung untuk meletakkan gula tambahan bagi mendapatkan rasa manis buah-buahan yang mencukupi. Menerusi penambahan gula di dalam jus, ia menyebabkan berlakunya penapaian (fermentation) mengikut masa sekaligus menjadikan just tersebut mampu bertahan selewat-lewatnya 3 hari berikutnya. Jadi, anda harus berwaspada dengan penambahan bahan lain di dalam jus kerana ia akan memberi kesan lain kepadanya.

Bagaimana cara untuk menjadikan jus lebih tahan lama?

Untuk menjadikan jus lebih tahan lama, anda boleh menyimpan jus yang telah diperah dan diekstrak di dalam bekas tertutup rapat (air tight glass jar) dengan ruang udara yang minimum. Semakin lama jus tersebut terdedah kepada udara, semakin cepat berlaku pengoksidaan.

person pouring cream in drinking glass

Apa itu pengoksidaan? Pengoksidaan atau oxidation adalah satu proses yang berlaku apabila sel dinding terdedah kepada molekul oksigen. Sebagai contoh, apabila anda memotong epal kepada separuh, lama kelamaan bahagian epal tersebut akan bertukar menjadi coklat sekaligus menyebabkan nutrient pada buah berkurang. 

Selain itu, untuk menjadikan jus lebih tahan lama anda juga boleh menggunakan slow juicer untuk mengekstrak buah-buahan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meletakkan beberapa keping lemon di dalam jus anda bagi melambatkan proses pengoksidaan. 

Rujukan: A Healthy Juicer, Raw Blend

Komen