Potongan Harga Sebanyak 50 Peratus Untuk Kosmetik Becca Di Sephora
Bagi peminat jenama kosmetik Becca, Sephora kini mengadakan diskaun sebanyak 50% untuk beberapa produk terpilih. Tawaran ini sah melalui pembelian atas talian di laman web rasmi Sephora bermula hari ini.

Antara produk yang ditawarkan adalah beberapa pilihan highlighter; Glow Silk Highlighter Drop Champagne Pop yang mana harga asalnya adalah RM140.00 kini boleh didapati pada harga RM70.00. Manakala Glow Dust Highlighter Champagne Pop ditawarkan pada harga RM92.50 dan Shimmering Skin Perfector Liquid Highlighter dijual pada harga RM130.90.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Glow Lip Gloss Champagne Creme pada harga RM49.50 dan RM105.00 untuk produk Glow Body Stick yang mana ia hadir dalam 6 pilihan warna. Bukan itu sahaja, Sephora turut mengadakan potongan harga untuk beberapa jenama lain termasuk Fenty Beauty, Too Faced dan Kat Von D pada harga yang sangat berbaloi.
Bagi anda yang berminat, anda boleh layari laman web rasmi Sephora untuk mendapatkan kesemua produk yang anda inginkan. Mulakan pembelian anda hari ini sementara stok masih ada dan diskaun pembelian adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Selamat membeli!