UX 200 – Lexus Memperkenalkan SUV Baru Yang Menggabungkan Rekaan Mewah Dan Teknologi Premium
Lexus adalah sebuah syarikat automotif daripada Jepun yang merupakan divisyen untuk kenderaan mewah di bawah jenama UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Jenama Lexus dipasarkan di lebih daripada 60 buah negara dan wilayah di seluruh dunia sekaligus telah menjadi syarikat jual beli kereta terbesar di Jepun. Bukan itu sahaja, ia juga turut tersenarai di antara 10 jenama global terbesar di dunia dalam nilai pasaran.


Bercakap mengenai Lexus, ia menawarkan pelbagai jenis kereta lain termasuk sedan, coupe dan SUV. Di bawah jenis SUV, ia menampilkan tiga variasi siri iaitu UX, NX dan RX yang dijual pada harga bermula sekitar RM244,000.
Bagi penggemar kereta di Malaysia, Lexus kini hadir dengan SUV terbaru dibawah siri UX yang dinamakan UX 200. Untuk keluaran kali ini, Lexus memfokuskan reka bentuk premium yang menggabungkan keanggunan coupe bersama fungsi dalaman yang canggih. Ia membawakan rekaan aerodynamic dengan kombinasi lampu belakang tirus yang meningkatkan kestabilan kereta dengan mengurangkan rintangan angin untuk kawalan dan prestasi yang lebih baik.


Dari segi rekaan dalaman kereta pula, ia menampilkan pintu dan dashboard kereta yang berkualiti menerusi inspirasi daripada Japanese Washi Texture. Selari dengan idea premium dan mewah, Lexus membawakan rekaan dalaman dan upholsteri yang diperbuat daripada kulit yang halus dengan ‘sashiko-quilting’, iaitu satu teknik yang digunakan dalam pembuatan pakaian seragam seni mempertahankan diri tradisional Jepun.


Menarik mengenai UX 200 ini juga, SUV ini hadir dengan teknologi Centre Screen Display yang canggih yang membenarkan pengguna untuk menyambungkan peranti atau telefon pintar terus ke kereta menerusi Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, ia turut dilengkapi Lexus Premium Audio dengan 8 speaker, 2 port pengecasan, 2 port media dan Smart Start System yang menggunakan Push Start Ignition.


Beralih ke teknologi keselamatan kereta, ia memperkenalkan Pre-Collision System (PCS) yang mana sekiranya PCS mengesan objek di hadapan yang berkemungkinanan menyebabkan berlakunya perlanggaran di bahagian hadapan, ia menyediakan brek yang secara automatik. Selain itu, UX 200 turut menyertakan Adaptive High-Beam System (AHS) yang mengoptimumkan penyebaran cahaya tanpa mengganggu kenderaan lain serta Blind Spot Monitor untuk mengesan kenderaan yang menghampiri dari belakang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Lexus dan boleh mula menempah kenderaan bermula hari ini.
________________________________________________________________________
Gambar dari Nextrift