Siapa yang tidak ingin kekal berbau harum dan segar sepanjang hari. Memakai bau-bauan dan wangian kegemaran anda bukan sahaja dapat meningkat tahap keyakinan di dalam diri, malah ia juga menjadikan orang di sekeliling lebih selesa dengan anda.
Namun perasan atau tidak, kebanyakan minyak wangi akan hilang wangiannya selepas beberapa jam lebih-lebih lagi apabila tiba waktu tengahari. Hal ini mungkin disebabkan oleh jenis minyak wangi yang dipakai adalah kurang kepekatan dan juga cara pemakaian yang salah turut menyebabkan wangiannya tidak tahan lama.
Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai cara menjadikan wangian minyak wangi lebih tahan lama. Berikut adalah 5 langkah yang boleh anda praktikkan sebelum memakai minyak wangi:
Memakai minyak wangi selepas mandi
Cara pemakaian minyak wangi memainkan peranan yang penting dalam memastikan bau dan wangian anda tahan sepanjang hari. Menurut pakar, masa terbaik untuk memakai minyak wangi adalah selepas mandi.
Hal ini kerana, kelembapan pada kulit dapat mengikat bauan tersebut untuk kekal lama sekaligus menjadikan anda
Lembabkan kulit sebelum memakai minyak wangi
Selain itu, pelembab (moisturizer) dapat mewujudkan asas yang baik untuk minyak wangi anda, yang mana konsepnya adalah sama seperti menggunakan primer sebelum memakai foundation.
Dengan ini, ia dapat menggalakan wangian yang lebih kuat dan tahan lama.
Padankan wangian minyak wangi bersama produk lain
Bukan itu sahaja, menggunakan satu set produk wangian yang sama adalah salah satu cara yang boleh menjadikan minyak wangi anda lebih tahan lama. Sebagai contoh, anda boleh memakai losyen, pelembab dan minyak wangi dengan bau vanila yang sama.
Dengan ini, ia memberikan kesan yang lebih mendalam seakan wangian itu datang dari badan anda sendiri.
Tidak menggosok wangian selepas memakai
Ramai orang berfikir bahawa menggosok minyak wangi ke pergelangan tangan atau titik nadi lain akan membantu minyak wangi lebih lama lagi. Sebenarnya, ia akan merosakkan bahan kimia dan menyebabkan top notes (atau wangian yang anda bau dalam lima minit pertama) menjadi tidak menarik.
Kedua, ia akan mencampurkan minyak wangi dengan bau semula jadi anda yang sekaligus boleh mengubah wangian yang sepatutnya. Sekiranya anda tidak boleh menyemburkan minyak wangi anda, anda boleh menyapunya secara perlahan-lahan sapukan pada kulit.
Guna pelembab kulit bersama-sama minyak wangi
Jika anda keluar pada waktu panas dan menginginkan wangian yang tahan lama, sapu sedikit Vaseline ke titik nadi anda sebelum menyembur minyak wangi anda. Balsem oklusi akan bertindak sebagai kunci pelembab tambahan untuk wangian sekaligus membantu ia lebih lama lagi.
________________________________________________________________________
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menguruskan diri termasuk teknik pemakaian minyak wangi. Ada juga yang berpendapat minyak wangi tidak boleh diletakkan di kawasan panas sperti rak yang mempunyai cahaya matahari secara terus (direct) atau di dalam bilik air.
Antara sebab ia tidak digalakkan adalah kerana ia akan mengakibatkan minyak wangi tersebut rosak dan tidak menghasilkan wangian yang sepatutnya.