Datuk Seri Rina Dilantik Sebagai Menteri Wanita Dan Keluarga

Pada hari ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan senarai baru untuk barisan jemaah menteri yang baru untuk memegang tampuk kepimpinan negara. Terdapat beberapa jabatan telah diwujudkan semula bagi menerajui dan memimpin Malaysia dengan lebih efisien dan cekap. Sehubungan dengan itu, pemimpin yang menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Wanita dan Keluarga adalah YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun

Sebelum ini, YB Datuk Seri Rina merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Bukan itu sahaja, kerajaan turut mengumumkan Timbalan Menteri untuk Jabatan Wanita dan Keluarga iaitu YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff. 

Menerusi perlantikan ini, kita akan dapat melihat lebih banyak program yang lebih menjurus kepada pembangunan wanita dan keluarga pada masa akan datang. Mari kita bersama-sama menantikan pelan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri untuk Jabatan Wanita Dan Keluarga.