Lina Rosli Diterbitkan 11 March 2020

Amalan 5R Ketika Membuat Nota

Amalan 5R Ketika Membuat Nota

Sebelum ini, Tajria ada berkongsi kepada anda beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuat nota. Antara cara membuat nota yang berkesan adalah menerusi teknik dan kaedah penulisan Cornell, peta minda dan bullet journal.

Namun, sebelum anda ingin menyediakan nota yang bersesuaian untuk topik pembelajaran anda, terdapat satu amalan yang mungkin anda boleh praktikkan. Amalan ini bukan sahaja membantu anda mencatat isi penting untuk sesebuah topik, malah memudahkan anda untuk mengingati bahagian nota yang tertentu. Berikut anda amalan 5R dalam penyediaan nota:

Record (Rekod)

Langkah pertama dalam melakukan persiapan untuk membuat nota adalah dengan merekod segala informasi dan makluman penting di dalam kuliah atau bilik darjah. Jika anda ingin mengeluarkan makluman di dalam buku, pastikan anda menggariskan isi-isi penting yang diperlukan sahaja. Elakkan daripada memuatkan segala jenis perkataan di dalam nota anda. Kenalpasti keywords untuk sesuatu topik.

person writing on a book

Reduce (Ringkas)

Reduce di dalam konteks ini bermaksud meringkaskan. Pilih dan keluarkan kata kunci dan konsep untuk topik yang dibincangkan. Apabila nota anda telah diringkaskan, ia akan menjadi lebih tepat dan padat dengan maklumat yang penting sekaligus boleh dijadikan sebagai cram sheet.

Recite (Baca)

Setelah selesai menyediakan nota ringkas, pastikan anda baca dan semak kembali nota tersebut. Jangan pula anda hanya menulis dan merekod nota sahaja. Baca dan fahami setiap isi yang telah dicatat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menyemak bersama pengajar anda mengenai nota yang anda sediakan.

Reflect (Imbas)

Baca sekali tidak bermakna anda akan terus ingat setiap topik yang telah dipelajari. Oleh itu, anda perlu imbas berkali-kali nota anda. Amalkan teknik imbas ini tidak kira sama ada sebelum masuk ke kelas atau sebelum peperiksaan bermula. Dengan ini, anda akan lebih bersedia untuk memulakan pembelajaran atau menjawab soalan peperiksaan.

Review (Ulas)

Bahagian yang paling penting dalam amalan 5R adalah membuat ulasan dan mengkaji semula topik yang telah dipelajari sebelum memulakan topik baru. Hal ini kerana, mungkin terdapat maklumat yang perlu ditambah bagi melengkapkan nota tersebut. Teknik ini juga berkesan untuk anda mendapatkan idea dengan lebih mudah dan pantas sekaligus meningkatkan daya ingatan anda.

________________________________________________________________________

Kesimpulannya, 5R merangkumi record, reduce, recite, reflect dan review yang boleh digunakan untuk menyediakan nota serta memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas. Selamat mencuba!