Lina Rosli Diterbitkan 12 March 2020

Tidak Makan Tengahari? Ini 5 Kesan Pada Kesihatan

Tidak Makan Tengahari? Ini 5 Kesan Pada Kesihatan

Sarapan pagi dianggap sajian yang penting sebelum anda memulakan hari dan rutin harian. Hal ini kerana, ia berfungsi untuk menambah bekalan glukosa dan menyediakan nutrien penting untuk memastikan paras tenaga berada di dalam tahap optimum sepanjang hari.

Selain sarapan, makan tengahari juga penting untuk menyediakan tenaga dan nutrien bagi memastikan tubuh dan otak berfungsi dengan cekap dan baik sepanjang hari. Pengambilan makanan tengahari adalah bergantung kepada individu itu sendiri sama ada menyediakan sajian dari rumah atau makan di restoran dan kantin yang berdekatan.

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang perlu mengurangkan pengambilan lemak tepu, garam dan gula, serta meningkatkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh itu, pengambilan makanan yang berkhasiat adalah sangat diperlukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Namun, segelintir individu akan melangkau (skip) makan tengahari untuk menurunkan berat badan sekaligus mengundang kepada diet yang tidak sihat.

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Melangkau Makan Tengahari?

Jika anda melangkau makan tengahari, ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah menurun sekaligus menyukarkan anda untuk kekal fokus pada hari tersebut. Untuk kekal fokus, otak memerlukan glukosa yang mencukupi yang mana jika kurang, ia akan menganggu proses dan fungsi otak

Selain itu, apabila gula dalam darah rendah ia akan menyebabkan perubahan emosi seseorang sama ada berasa marah, keliru dan penat. Malah, melangkau makan tengahari juga boleh menyebabkan metabolisma menjadi perlahan dan menyebabkan berat badan meningkat dan kadangkala menyukarkan anda untuk turun berat badan.

white plates with assorted foods

Bukan itu sahaja, perut menghasilkan jus pencernaan untuk memproses makanan yang anda makan. Walaupun tidak ada makanan untuk dicerna, ia akan terus melakukan tugasnya pada waktu biasa yang anda makan. Jadi, apabila ia berlarutan untuk tempoh yang lama, ia menjurus kepada asid refluks, gastritis dan asid perut. Jisim pencernaan yang berlebihan boleh menghancurkan lapisan usus dan menyebabkan ulser.

________________________________________________________________________

Terdapat beberapa kesan lain selepas anda melangkau makan tengahari dengan kerap. Ia termasuk nafas anda akan menjadi berbau. Hal ini kerana, mulut akan menghasilkan kurang air liur dan menyebabkan mulut anda menjadi kering. Seterusnya, anda akan menjadi lebih cenderung untuk memakan makanan ringan kerana badan anda akan mengambil makanan yang lebih mudah dan cepat untuk dicapai.