Segelintir individu mempunyai rutin dan cara pengurusan diri yang tersendiri. Lebih-lebih lagi berkenaan rutin penjagaan kulit, pasti terdapat banyak langkah dan tips yang dilakukan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan bersih.

Tahukah anda, kulit pada bahagian muka adalah lebih nipis berbanding kawasan kulit yang badan? Bukan itu sahaja, kulit muka atau facial skin lebih sensitif dan cenderung untuk mengalami gatal-gatal, kering dan mudah pecah. Malah, kulit muka juga lebih berminyak berbanding anggota kulit yang lain. 

woman surrounded by sliced lemons

Oleh sebab itu, anda perlu mengetahui teknik dan langkah penjagaan kulit muka yang betul selain lebih berhati-hati bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk pada muka. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada perkara yang akan memberi kesan kepada kulit anda. Berikut adalah 5 perkara yang tidak boleh dilakukan pada kulit muka.

Limau Atau Lemon

Seperti yang anda ketahui, limau atau lemon adalah salah satu bahan tradisional yang boleh mengubati masalah jerawat pada muka. Limau mempunyai bahan antioksida dan antibiotik yang tinggi yang mampu merawat dan meningkatkan keanjalan kulit.

Namun, menggunakan limau atau lemon pada kulit ketika di bawah cahaya matahari boleh menyebabkan phototoxicity iaitu kerengsaan kulit akibat sinaran uv. Ia akan menyebabkan kerosakan pada kulit seperti sunburn yang berlebihan.

Syampu

Ia adalah bahan atau surfaktan (cecair yang digunakan pada rambut) bagi membersihkan rambut, menghilangkan minyak dan kotoran yang berlebihan. Ia tidak sesuai digunakan pada kulit muka kerana ia tidak direka untuk menangani molekul kulit yang halus. Sekiranya anda membasuh muka anda dengan syampu, ia akan menjadi sangat kering dan berkeringat.

Losyen Badan

Muka mempunyai kulit yang nipis yang mana ia memerlukan produk dengan tekstur yang lebih lembut dan halus. Walaupun losyen adalah salah satu item yang sering digunakan pada kulit, ia juga tidak digalakkan untuk digunakan pada kulit muka. Hal ini kerana, tekstur losyen adalah lebih pekat dan sesetengah losyen mempunyai wangian yang boleh menyebabkan kerengsaan. 

Cuka Atau Asid Acetik

Sesetengah individu berpendapat cuka boleh digunakan sebagai penyegar atau toner. Namun, jika cuka digunakan dengan kerap untuk tempoh masa yang lama, ia boleh mengakibatkan kulit anda hilang kelembapan serta boleh merosakkan kulit. Paras asid dalam cuka (acidity) boleh menyebabkan kulit melepuh dan kerengsaan, terutama jika cuka tidak dicairkan (diluted).

Produk Kecantikan Yang Tamat Tempoh

Kebanyakan produk kecantikan juga mempunyai tarikh luput yang mana berbeza untuk setiap jenis produk. Jika anda menggunakan produk yang telah tamat tempoh, ia  kemungkinan mempunyai bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan. Jadi, pastikan anda menyemak tarikh luput sebelum menggunakannya pada kulit.

________________________________________________________________________

Kesimpulannya, pastikan anda mengetahui kondisi kulit anda sebelum anda memakai sebarang produk. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

415 artikel di Tajria.