Carian
5 Jenis Peti Sejuk Yang Boleh Anda Pertimbangkan Untuk Rumah Anda
March 16, 2020 Lina Rosli

5 Jenis Peti Sejuk Yang Boleh Anda Pertimbangkan Untuk Rumah Anda

Pernahkah anda terfikir jika tiada peti sejuk di rumah anda, ia akan menjadi sangat sukar untuk anda menyimpan barang makanan yang basah. Peti sejuk merupakan satu item yang penting untuk dapur anda. Dengan adanya peti sejuk, kualiti produk makanan akan lebih terjaga dan tahan lama. Walau bagaimanapun, sebelum anda membeli peti sejuk anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara asas seperti batasan ruang, gaya hidup dan anggaran bajet yang menepati kehendak anda.

Berikut adalah panduan dan tips lanjut mengenai pilihan model peti sejuk yang boleh diletakkan di rumah anda.

Top Freezer

Penyejuk beku (freezer) merupakan bahagian yang penting dalam peti sejuk yang mana ia digunakan untuk menyimpan makanan basah seperti ikan, udang, ayam dan daging supaya tahan lebih lama. Oleh sebab itu, peti sejuk yang dilengkapi penyejuk beku sering menjadi pilihan kerana ia memiliki harga yang ekonomi serta menepati keperluan pengguna. 

Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, peti sejuk dengan penyejuk beku di atas (Top Freezer) menggunakan sekitar 10 hingga 25 peratus tenaga kurang daripada yang menggunakan penyejuk beku bahagian bawah (Bottom Freezer). Walau bagaimanapun, top freezer mempunyai rekaan yang lebih klasik dan tidak menarik jika dibandingkan dengan peti sejuk yang lain.

brown wooden kitchen cabinet near white wall

Jenis peti sejuk top freezer merupakan model yang popular dalam kalangan individu kerana ia mudah untuk dimuatkan di kebanyakan ruang dapur atau digunakan sebagai peti sejuk tambahan di dapur anda.

Bottom Freezer

Spesifikasi bottom freezer hampir sama seperti model top freezer. Yang membezakannya adalah bottom freezer mempunyai simpanan yang lebih banyak dan biasanya menawarkan saiz yang lebih besar, ruang organisasi yang lebih baik dengan ciri-ciri seperti laci dan ruang bekas yang lebih banyak. Oleh itu, jika anda mempunyai keluarga yang besar atau ingin menyimpan bekalan makanan beku yang banyak, bottom freezer adalah pilihan terbaik anda. 

Side-by-Side

Peti sejuk side-to-side telah menjadi pilihan yang semakin popular bagi pemilik rumah disebabkan ciri-ciri yang dimilikinya dan keupayaan untuk menyimpan bekalan makanan lebih mudah.

Sebilangan besar model ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian kering dan bahagian basah. Menarik mengenai jenis side-to-side adalah kaedah penyimpanan sebelah menyebelah yang lebih efisien. Dengan ini, pengguna tidak perlu menunduk atau menjengket untuk mengambil sesuatu barang kerana ia membawakan reka bentuk menegak yang lebih mesra pengguna. Walau bagaimanapun, bagi rumah yang mempunyai ruang dapur sempit, peti sejuk ini tidak sesuai untuk digunakan kerana memiliki saiz yang besar dan lebar. 

French Door

Jika anda ingin mencari peti sejuk yang menampilkan ciri-ciri mewah, maka peti sejuk gaya pintu Perancis atau French Door mungkin pilihan yang tepat untuk anda. Dengan menggabungkan kemudahan bottom freezer dan fleksibiliti yang efektif, French Door merupakan model yang paling sesuai untuk anda yang memerlukan peti sejuk dengan spesifikasi dan fungsi kelas pertama terutama bagi individu yang mempunyai ruang dapur yang besar serta menghabiskan sebahagian masa di dapur untuk menyediakan makanan.

gray steel 3-door refrigerator near modular kitchen

Antara ciri dan kelebihan peti sejuk French Door termasuk:

  • Pembuat laci berbilang.
  • Keupayaan untuk menyesuaikan kabinet dapur.
  • Pintu berganda yang cekap tenaga.

Namun, berbanding peti sejuk yang lain model ini mempunyai harga yang sangat tinggi dan anda perlu berbelanja lebih untuk mendapatkannya satu di rumah anda.

Peti Sejuk Mini atau Peti Sejuk Kompak

Bagi anda tinggal bersendirian atau mempunyai saiz ruang yang kecil, peti sejuk kompak atau mini adalah alternatif yang terbaik untuk memiliki peti sejuk. Peti sejuk mini adalah pilihan yang sesuai rumah dengan ruang yang sempit kerana saiznya yang padat dan kompak. 

Walau bagaimanapun, peti sejuk mini tidak cekap tenaga jika dibandingkan dengan peti sejuk bersaiz standard, dan sesetengahnya tidak mempunyai suhu yang konsisten untuk mengekalkan kualiti makanan untuk jangka masa yang lama. 

________________________________________________________________________

Pemilihan peti sejuk yang bersesuaian adalah penting bagi memastikan kualiti makanan terjamin. Tanpa peti sejuk, penyimpanan ais krim atau smoothies akan terjejas dan juga buah-buahan dan sayuran juga menjadi tidak segar. Bukan itu sahaja, anda juga perlu pergi ke kedai runcit setiap hari untuk mendapatkan bekalan makanan sejuk saat anda memerlukannya.

Komen