Carian
Tangguh Majlis Kahwin Dan Acara Keramaian – Bagaimana Anda Boleh Menguruskannya?
March 17, 2020 Lina Rosli

Tangguh Majlis Kahwin Dan Acara Keramaian – Bagaimana Anda Boleh Menguruskannya?

Banyak acara keramaian dan majlis kahwin telah ditangguhkan kesan daripada penularan virus Covid-19 di beberapa buah negeri di Malaysia. Bukan itu sahaja, semua rakyat Malaysia juga diminta untuk mengehadkan aktiviti sosial di luar bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan bilangan jangkitan wabak coronavirus kepada orang awam. 

Namun, kos yang perlu ditanggung selepas penangguhan bukanlah satu bilangan yang kecil. Oleh itu, anda perlu berbincang dengan vendor mengenai penangguhan atau pulangan semula duit untuk pembatalan majlis. Jadi, bagaimana anda boleh mendapatkan wang anda jika majlis atau acara anda telah dibatalkan? Buat masa ini, keadaan masih lagi tidak jelas dan pulangan semula duit secara automatik mungkin agak sukar.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh merujuk semula kontrak mengenai pembayaran balik penuh atau separa bersama pihak yang terlibat. Sekiranya anda mempunyai insurans, anda mungkin boleh menyemak semula pelan atau rancangan untuk majlis anda untuk mengetahui jika anda dilindungi. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, insurans tidak akan melindungi kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan.

Seterusnya, jika majlis perkahwinan anda bukan dalam tempoh terdekat, penting untuk anda merancang semula perjalanan majlis anda. Sebagai contoh anda boleh mengubah tatacara majlis yang mungkin tidak melakukan majlis persandingan dan hanya melakukan majlis nikah yang melibatkan hanya beberapa orang sahaja termasuk pasangan pengantin lelaki dan perempuan, wali, tok kadi dan dua orang saksi.

Akhir sekali, anda juga perlu hadir dengan pelan sokongan yang lain serta memikirkan alternatif lain tanpa menjejaskan kesihatan orang awam. Ia termasuk melakukan majlis tanpa melibatkan orang ramai dan dilakukan di kawasan yang terbuka dan bukan dalam tempoh terdekat.

Komen