5 Aktiviti Yang Boleh Mengisi Masa Anda
Apakah aktiviti yang anda sering anda lakukan jika mempunyai masa yang terluang? Lebih-lebih lagi untuk golongan profesional, sudah tentu mereka tidak mempunyai banyak masa di rumah. Terdapat pelbagai idea untuk mengisi waktu lapang anda agar ia lebih bermanfaat di musim kawalan pergerakan ini. Di Tajria, kami ingin berkongsi kepada anda panduan atau aktiviti yang boleh anda lakukan sama ada berseorangan atau bersama keluarga dan rakan-rakan ketika berada di rumah.
Cuba Resipi Baru
Bagi anda yang bekerja, mungkin sebahagian waktu anda akan sibuk dengan rutin kerja sehingga anda tidak sempat untuk melakukan aktiviti memasak yang boleh meningkatkan kemahiran memasak anda. Oleh itu sementara duduk di rumah ini, mungkin anda boleh mengisi masa lapang dengan melayari atau menonton video di internet untuk mencari beberapa resipi baharu yang anda boleh masak untuk diri atau keluarga. Selain masakan lauk biasa, anda juga boleh mencuba membuat kek atau manisan kegemaran anda.
Mengakses Laman Perkongsian Yang Menarik
Dengan teknologi masa kini, kebanyakkan bahan bacaan sudah boleh diakses secara maya. Malah, terdapat pelbagai laman web atau platform seperti blog atau laman perkongsian yang menyediakan pelbagai informasi mengenai politik, gaya hidup, masakan, dan kesihatan. Oleh itu, anda boleh mengisi masa terluang anda dengan menambah ilmu dan maklumat dari pelbagai sudut dan bidang yang ingin ketahui dengan mudah di Internet. Anda juga boleh mempelajari pelbagai resepi masakan, tutorial solekan dan DIY untuk rumah di laman Youtube.
Mulakan Taman Kecil Di Rumah
Pilih beberapa jenis sayuran, bunga atau herba dan mula menanamnya di dalam rumah. Antara yang anda boleh cuba seperti cili, serai, daun kari, daun limau purut dan macam-macam lagi. Ia bukan sahaja memudahkan anda untuk mendapatkan stok bahan masakan, malah ia juga dapat menambah pengetahuan dan minat anda terhadap sesuatu benda yang baru. Daripada duduk berjam-jam di hadapan TV, memulakan taman kecil di rumah adalah satu perkara yang menyerononokkan. Kemudian nikmati sayuran anda apabila ia telah matang sepenuhnya.
Bersihkan Ruang Persendirian
Tidak kira di pejabat atau rumah, anda perlu memastikan tempat dan ruang persendirian kemas dan selesa. Bila tempat anda selesa, ia menjadikan aktiviti anda menjadi lebih mudah dan efisien. Lebih-lebih lagi jika anda bekerja di rumah atau work from home. Oleh itu, bersihkan ruang persendirian anda dan tambah dekorasi yang menarik yang boleh menaikkan semangat dan minat anda untuk bekerja.
Daftar Dan Belajar Di Kursus Atas Talian
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mula mendaftar kursus dalam talian untuk mengasah atau mengembangkan kemahiran baru. Anda boleh mencari pelbagai kursus dalam talian, termasuk kelas pembelajaran bahasa, kemahiran coding dan macam-macam lagi. Anda akan menemui beratus-ratus kursus untuk memenuhi minat anda di platform pembelajaran seperti Udemy, dan Coursera.
________________________________________________________________________
Pilih beberapa perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan di rumah anda. Selepas itu, anda boleh mula merancang sama ada ingin melakukannya pagi, petang atau malam. Duduk di rumah tidak bermaksud anda perlu bersendirian, merasa sunyi atau membosankan. Dengan sedikit idea dan pemikiran kreatifia dapat membantu anda mengisi masa lapang sekaligus menghabiskan lebih banyak masa dengan aktiviti yang berfaedah.