Amalkan Tabiat Membasuh Tangan – Langkah Untuk Memastikan Peranti Sentiasa Bersih
Setiap individu mempunyai telefon pintar yang mana ia adalah item atau produk yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, selain menjaga kebersihan diri, kebersihan telefon pintar atau apa-apa peranti amatlah penting bagi memastikan penyebaran kuman dan virus dapat dikurangkan.
Menurut laporan National Institutes of Health di Amerika Syarikat, ia mendakwa bahawa novel coronavirus atau Covid-19 boleh kekal pada permukaan plastik dan stainless steel sehingga tiga hari. Ini adalah termasuk telefon pintar anda.

Dengan penyebaran Covid-19 yang semakin meruncing, ramai individu menjadi lebih prihatin berbanding sebelum ini yang mana mereka akan melakukan sanitization dengan lebih kerap. Namun, bagaimana anda boleh pastikan telefon pintar atau tablet anda dengan betul? Dan apakah langkah yang boleh diambil bagi memastikan telefon anda bukan penyumbang untuk penyebaran virus?
Gunakan kain lap dan pencuci alkohol
Kajian menunjukkan virus Covid-19 dapat hidup di permukaan di mana saja dari beberapa jam hingga lebih dari seminggu, bergantung pada keadaan. Oleh itu, membersihkan telefon pintar anda dengan alkohol adalah salah satu cara pembasmian kuman. Pastikan anda menggunakan cecair dangan sekurang-kurangnya mempunyai 60 hingga 70 peratul alkohol isopropil yang mendapat pengesahan EPA. Elakkan daripada menggunakan alkohol seperti jenis methylated atau cecair peluntur kerana ia akan merosakkan permukaan skrin.

Cara membersihkannya adalah dengan menyemburkan cecair pembasmi kuman (70% isopropil) berasaskan alkohol pada kain yang lembut dan lap ke peranti anda. Pastikan peranti anda tidak disambungkan ke mana-mana plug atau wayar elektrik.
Gunakan Sarung Peranti (Phone Case)
Apabila anda menggunakan sarung atau cover untuk telefon pintar, ia adalah lebih mudah untuk dibersihkan. Anda tidak perlu khuatir akan keselamatan telefon pintar anda di saat membasuh. Hal ini, anda boleh menanggalkannya untuk basuh di dalam campuran alkohol atau sabun pencuci. Seterusnya, anda boleh mengelap bahagian skrin dengan kain lap beralkohol.
Basuh Tangan Sebelum Dan Selepas Memegang Peranti
Pakar mengatakan bahawa penjagaan telefon tidak akan berkesan jika anda tidak mengamalkan kebersihan yang baik iaitu membasuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali memegang barangan yang digunakan orang ramai. Jadi ingatlah untuk mencuci tangan anda dengan kerap, jangan sentuh muka anda, dan sebagainya.
________________________________________________________________________
Telefon dan peranti pintar yang lain adalah salah satu barangan yang sering digunakan ditempat awam yang mana lebih mudah terdedah kepada kuman. Oleh itu, selain kebersihan diri, kebersihan barangan harian anda juga amatlah penting bagi membantu mengurangkan penyebaran virus Covid-19. Selamat mencuba dan amalkan gaya hidup sihat!