Lina Rosli Diterbitkan 18 March 2020

Resepi Ayam Pan-Seared Dengan Lemon

Resepi Ayam Pan-Seared Dengan Lemon

Cara sempurna untuk memasak dada ayam adlah dengan memastikan isiinya tidak terlalu kering dan masih juicy.  Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada anda cara memasak ayam panggang atau pan-seared dengan lemon. Anda boleh menghidangkan ayam kentang panggang, atau salad ayam. Bukan itu sahaja anda juga boleh menikmatinya bersama spaghetti atau mee goreng untuk gaya yang lebih klasik. 

Bahan-bahan

  • 2 hiris ayam tanpa tulang atau dada ayam
  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu teh garam 
  • 1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar minyak kanola 
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji lemon

Cara Penyediaan

1. Basuh ayam dengan bersih dan kemudian keringkannya untuk beberapa minit. Balut ayam dengan pembalut plastik agar tidak cepat busuk.

2. Lumur ayam dengan bawang putih yang telah dicincang, sos dan garam. Perap selama 10 minit. 

3. Tuangkan minyak kanola ke dalam kuali. Panaskan kuali pada suhu sederhana.

4. Masukkan ayam yang telah diperap dan tunggu sehingga ia masak. Apabila ayam sudah berwarna kelihatan pucat dan tidak lagi merah, terbalikkan dan biarkan bahagian atas ayam masak.

5. Tambah mentega ke bahagian pusar kuali dan angkat ayam supaya mentega mengalir di bawahnya. Masak selama 1 minit atau sehingga coklat keemasan yang mendalam. 

6. Masukkan lemon dan hidangan ayam pan-seared anda sudah siap! Hidangkan bersama-sama ketang goreng, salad atau spagetti sebagai pelengkap juadah. Selamat menjamu selera.