Apa Itu Self-Isolation? Ketahui Langkah Ini Dengan Lebih Lanjut
Pasti sekarang anda sudah biasa mendengar istilah mengasingkan diri atau self-isolate rententan dari kes coronavirus yang juga dikenali sebagai Covid-19. Terdapat banyak garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai untuk mengurangkan penyebaran wabak coronavirus termasuk pengumuman mengenai kawalan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh Malaysia sejak 18 Mac 2020 yang lepas.
Sepanjang tempoh kawalan pergerakan berlangsung, anda dinasihatkan untuk mengasingkan diri di rumah masing-masing. Mengasingkan diri di sini bermaksud mengehadkan aktiviti luar yang tidak penting.
Berapa lama saya harus mengasingkan diri jika saya mempunyai simptom atau gejala seperti demam atau batuk?
Asingkan diri anda selama tiga hari untuk melihat tanda-tanda awal pada badan. Jika gejala ini berlarutan, maka asingkan diri anda selama 14 hari sebelum anda boleh kembali ke rutin normal sekiranya demam anda sudah hilang. Sepanjang tempoh pengasingan diri, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat-ubatan yang boleh melegakan demam. Namun, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat pakar jika simptom tersebut berlarutan lebih dari tempoh dua minggu untuk tindakan selanjutnya. Jangan lupa untuk ikuti garis panduan kesihatan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bolehkah saya pergi berjalan-jalan sewaktu tempoh pengasingan diri?
Tidak, anda tidak boleh meninggalkan rumah atau mempunyai pelawat ke rumah anda semasa tempoh pengasingan diri.
Bolehkah saya pergi ke pasar raya apabila bekalan makanan di rumah sudah habis?
Berbeza dengan kawalan pergerakan, sewaktu tempoh pengasingan diri, anda tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah. Ini bermakna anda perlu mendapatkan bantuan dari individu lain sekiranya ia memerlukan anda mendapatkan sesuatu yang penting seperti bekalan makanan, ubat-ubatan atau keperluan diri yang lain.Walau bagaimanapun, pastikan anda menjaga jarak dengan individu terbabit iaitu sekurang-kurangnya 2 meter. Anda juga boleh meminta mereka meninggalkan barangan tersebut di luar pintu untuk mengelakkan sebarang sentuhan (contact) yang tidak perlu. Bukan itu sahaja, anda juga perlu memastikan penjagaan diri berada di tahap maksima.
Adakah selamat untuk menggunakan Grab Food dan Food Panda untuk memesan makanan?
Anda masih boleh memesan makanan yang dihantar terus ke rumah, tetapi anda harus berhati-hati ketika mengambil pesanan tersebut. Anda disarankan untuk membuat pembayaran melalui kad atau secara atas talian. Elakkan daripada mempunyai sentuhan atau berjumpa dengan penghantar makanan.
Bolehkah anda menjawab ketukan di pintu jika anda mengasingkan diri?
Ya, anda boleh membuka pintu apabila seseorang mengetuk tetapi pastikan anda menjaga jarak untuk mengelakkan penyebaran virus. Menurut laman web NHS, anda perlu berada pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter (atau 3 langkah) dari orang lain semasa tempoh pengasingan diri.
Bolehkah anda melihat rakan-rakan yang juga mengasingkan diri?
Jawapannya adalah tidak. Anda tidak akan boleh melihat rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut dalam tempoh pengasingan diri.
Adakah selamat untuk melawat saudara-mara atau orang tua yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung?
Walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda atau gejala, atau mungkin simptom anda tidak begitu jelas, langkah paling selamat adalah dengan mengelakkan contact atau sentuhan. Adalah lebih baik jika anda tidak melawat saudara-mara atau orang tua, atau mana-mana individu yang mempunyai keadaan kesihatan yang membimbangkan. Hal ini kerana mereka berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi daripada virus. Individu dengan masalah kesihatan seperti asma, kencing manis, penyakit jantung atau mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah yang mana mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti Covid-19 apabila terdedah.
________________________________________________________________________
Pastikan anda sentiasa peka dan patuhi dengan arahan dari pihak berkuasa dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Jaga kebersihan diri dan sama-sama kita mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 di seluruh dunia.