Carian
Cintaku Kena Covid-19 & Semuanya Salah Aku!
March 20, 2020 Penulis Kacak

Cintaku Kena Covid-19 & Semuanya Salah Aku!

Aku bukan seorang yang kuat. Aku bukan seorang yang mudah bersabar. Aku cuba bersabar, tetapi aku mudah cemburu. Perkara ini menjadikan aku rasa terburu-buru. Aku mula fikir, semua ini bukan salah aku. Tetapi aku mengalah juga akhirnya. Aku mengaku aku bersalah. Aku tidak sengaja! Apakan daya, semua sudah terlambat dan nasi sudah menjadi bubur.

Aku cintakan Si Dia. Aku sayang Si Dia. Itu sahaja sebab aku lakukan semua ini. Tetapi, kerana sikap aku yang terburu-buru dan tidak sabar. Aku hilang dia. Dia tinggalkan aku dan kerap katakan semua ini salah aku.

Sejak kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan, aku menjadi panik. Aku tidak pernah hadapi situasi ini. Aku tidak boleh keluar jumpa dia, aku risau. Jadi, aku terburu-buru masuk ke kereta – pandu ke kampung halaman aku untuk bertemu dengan dia. Dia tenang sahaja hadapi situasi ini. Dia nasihatkan aku, dia tidak akan keluar atau pergi ke mana-mana. Dia suruh aku percayakan dia. 

Mana boleh aku buat begitu. Dia kata, dia tidak kisah jika aku ingin jumpa dengan dia. Dengan syarat, jangan pegang tangan, jangan bersentuhan dan jaga jarak. Halal gap kononnya. Aku kata, baiklah. Apa yang penting aku dapat lihat muka dia depan-depan.

Aku orang yang jujur. Tetapi aku tidak tahu kenapa, kali ini aku berahsia. Mungkin aku panik.

Sampai sahaja ke destinasi, aku gembira. Dapat pun berjumpa dengan dia. Aku tidak tahan, lalu aku peluk dia dan aku kucup dahi dia. 

Dia marah aku, 

Dia kecewa dengan aku,

Secara tiba-tiba, aku bersin dan batuk serentak dan air liur aku terkena dia. 

Langsung, dia marah aku, tengking, terus masuk rumah dan sehingga hari ini dia tidak bertegur sapa dengan aku.

Ya, aku sebenarnya demam. Aku batuk dan selsema. Aku tidak disahkan dijangkiti virus Covid-19. Hanya demam biasa. Ubat aku makan, semuanya aku jaga. Cuma entah kenapa, aku tidak berjaga-jaga berjumpa dengannya. 

Hari ini, aku dapat tahu yang dia telah masuk wad dalam satu hospital. Keluarga beliau katakan yang dia dijangkiti Covid-19. Dia ceritakan peristiwa lepas kepada keluarganya. Kini satu keluarga dia salahkan aku. 

Hari ini dia putuskan hubungan kita. Aku kembali berseorangan. Fikir salah silap aku. Aku tidak tahu perkembangan dia. 

Aku rindu. Aku sedih. 

Aku sedar ini semua salah aku.

 

Jadi, janganlah anda semua keluar dating. Jaga jarak, jaga pergaulan, jaga makan. Paling penting, JANGAN KELUAR. 

 

Komen