Carian
Ini Adalah Tempoh Segar Makanan Jika Simpan Di Dalam Peti Sejuk
March 23, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah Tempoh Segar Makanan Jika Simpan Di Dalam Peti Sejuk

Membekukan makanan adalah salah satu cara yang mudah bagi mengekalkan kesegaran makanan dan juga melambatkan proses kerosakan atau basi. Bukan itu sahaja, proses sejuk beku juga popular dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan ia tidak mengubah mana-mana rasa dan tekstur sesuatu makanan.

Beikut adalah senarai tempoh penyimpanan makanan mengikut jenis dan kategori:

Sayur-sayuran

Kebanyakan sayuran mampu bertahan kira-kira 3 bulan hingga setahun. 

  • Tomato – 3 hingga 4 bulan
  • Cili dan lada – 3 hingga 4 bulan
  • Brokoli – 1 tahun
  • Lobak merah – 1 tahun
  • Kobis bunga – 1 tahun
  • Asparagus – 1 tahun
  • Sayur dalam tin – 1 tahun
vegetables and fruits

Daging

Kebanyakan individu yang pulang dari pasar raya dan pasar basah akan segera meletakkan daging yang telah dibeli terus ke dalam peti sejuk. Daging mempunyai tempoh kesegaran antara 2 bulan hingga setahun, bergantung kepada jenisnya. Namun, sekiranya ia tidak dibungkus dengan baik, tempoh kesegaran akan berkurangan dan mudah rosak. Untuk daging yang mempunyai banyak lemak, anda disarankan untuk membersihkan dan membuang lemak yahg berlebihan kerana ia akan menjadikan daging menjadi liat dan keras jika ia dibekukan. 

raw meat on ice with coriander and chilis

Makanan Laut

Untuk makanan laut pula, jika anda tidak merancang untuk memasaknya dalam tempoh 1 hingga 2 hari, adalah lebih baik untuk anda bungkus dan simpan di dalam peti sejuk beku. Hal ini bagi memastikan makanan tersebut tidak rosak dan berlendir. Ikan dan kerang-kerangan (shellfish) boleh bertahan antara 2 hingga 6 bulan.

  • Ketam – 2 hingga 3 bulan
  • Udang karang – 2 hingga 3 bulan
  • Ikan kembung, salmon, atau ikan lain yang berlemak – 3 bulan
  • Kerang, kupang, kepah atau lain-lain yang kulit keras – 3 bulan
  • Udang – 4 bulan
  • Sotong – 4 bulan
  • Ikan putih – 6 bulan
gray shrimps and crabs

Tenusu 

Banyak jenis tenusu yang boleh dibekukan. Antaranya, mentega boleh ditinggalkan di dalam bungkusan asalnya dan kemudian dibalut plastik mampu bertahan sembilan bulan di dalam peti sejuk sementara ais krim dan sorbet akan berlangsung selama dua bulan.

Lebihan makanan 

Jika anda seorang yang gemar membeli makanan bungkus atau membawa balik lebihan makanan, adalah lebih baik jika ia disimpan di dalam peti sejuk jika ingin makan pada keesokkan harinya. Namun,  Pasta dan lasagna boleh bertahan selama empat bulan, manakala cili, sup, stew, dan chowders baik selama enam bulan apabila dibekukan.

________________________________________________________________________

Walau bagaimanapun, tempoh penyimpanan supaya makanan kekal segar adalah berbeza mengikut jenis makanan. Makanan juga perlu dibersihkan dan dibungkus dengan betul sebelum ia disimpan di dalam peti sejuk. Anda boleh membalutnya menggunakan plastik, aluminium atau diletakkan di beg sejuk beku. Hal ini dilakukan bagi mengekalkan kesegaran optimum sekaligus mengelakkan pengoksidaan.

Komen