Adakah Selamat Untuk Memesan Makanan Dari Luar Pada Waktu Sekarang?
Ya, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan atau PKP, restoran dan kedai makan masih lagi dibenarkan untuk beroperasi yang mana mereka merupakan salah satu kumpulan keperluan asas. Namun, biarpun dibenarkan untuk beroperasi, pelanggan tidak dibenarkan makan di kedai dan hanya boleh dibungkus bawa balik ker rumah sahaja.

Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan individu yang mengambil kesempatan untuk memesan makanan dari kedai dan restoran berkenaan yang mana membuat pesanan melalui beberapa servis penghantaran pihak ketiga seperti Grab Food, food panda dan banyak lagi.
Yang menjadi persoalan adalah, adakah masih selamat untuk memesan makanan di kedai atau mana-mana restoran pada waktu sekarang? Jawapannya adalah bergantung kepada tahap kebersihan kedai atau restoran itu sendiri. Selagi ia dimasak mengikut piawaian dan amalan keselamatan yang standard, selagi itu ia tidak menjadi masalah.
Jika anda masih bimbang dan risau, berikut adalah beberapa langkah berjaga-jaga yang anda boleh praktikkan sebelum dan selepas memesan makanan luar:
1. Pilih restoran yang anda percayai. Pasti anda mempunyai senarai kedai makan atau restoran yang sering anda beli. Jadi, sudah tentu anda mengetahui tahap penjagaan kebersihan yang telah dipraktikkan oleh kedai makan itu sendiri.
2. Bayar menggunakan dompet digital atau transaksi secara atas talian. Dengan ini, anda dapat mengelakkan sentuhan secara terus (direct contact).
3. Pakai sarung tangan pakai buang sewaktu mengambil makanan anda. Setelah selesai, buangkannya ke dalam bekas sampah yang tertutup. Sekiranya anda tidak mempunyai sarung tangan, gunakan pembersih tangan atau hand sanitizer untuk membersihkan tangan anda sebelum makan, dan semestinya anda tidak menyentuh mata, hidung, atau mulut anda sebelum berbuat demikian.
4. Gunakan peralatan anda sendiri. Tukar bekas makanan yang diberikan. Hal ini kerana, pinggan dan kutleri anda dijamin selamat dan bersih.
________________________________________________________________________
Ambil langkah ekstra berjaga dalam bagi memastikan keselamatan anda, makanan anda dan orang di sekeliling anda. Walaupun, ia kedengaran agak sukar, namun pastikan anda tidak mengambil remeh akan hal kebersihan ini bagi mengelakkan daripada penyebaran wabak dari terus berleluasa. Di samping itu, membuat pesanan makanan luar juga sedikit sebanyak dapat membantu pertumbuhan industri untuk sektor yang terlibat. Selamat mencuba!